Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan. Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula dengan kehilangan memori ringan - absences sehingga konvulsi (jatuh atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari. Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya melalui diet. Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga kategori: 1 Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan otak - Grand Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.