Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Kerajaan India Muslim

Kerajaan Mughal merupakan salah satu warisan peradaban Islam di India. Keberadaan kerajaan ini telah menjadi motivasi kebangkitan baru bagi peradaban tua di benua India yang nyaris tenggelam. Sebagaimana diketahui, India adalah suatu wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya peradaban Hindu. Dengan hadirnya Kerajaan Mughal, maka kejayaan India dengan peradaban Hindunya yang nyaris tenggelam, kembali muncul. Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Pada saat Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Akhirnya India pun perlahan-lahan bersentuhan dengan agama Islam. India yang sebelumnya berperadaban Hindu, sekarang semakin kaya dengan peradaban yang dipengaruhi Islam. Oleh sebab itu menjadi penting untuk menulis secara ringkas eksistensi Kerajaan Mughal di India yang beridentiti kan dengan Hindu.

Individu Yang Dikesan Sebagai Freemason

Freemason adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme.  Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman).  Tukang batu atau  mason  telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa. Samada Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan pro-Kristianiti.  Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama  Pope John Paul II  dalam satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason.  Beliau berkata, Kamu semua tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Freemason pada waktu masa yang sama!” Beliau kemudian menambah, “ Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freem