Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Illuminati n Freethinker

Pergerakan Freethinker merupakan cabang paling radikal bagi salah satu Organisasi Pencerahan (The Enlightenment).  Pengikutnya diberi nama Illuminati (tetapi mereka yang menggelarkan diri mereka “Perfectibilists”) – ditubuhkan pada 1 Mei 1776 di Ingolstadt (Upper Bavaria), oleh seorang Jesuit, Adam Weishaupt.   Kumpulan ini kini dikenali sebagai Illuminati Bavarian. Walaupun ia tidak dibenarkan beroperasi di sisi undang-undang, banyak intelektual berpengaruh dan ahli politik progresif mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan ini.  Walaupun terdapat beberapa Freemason diketahui merupakan anggotanya, ia tidak dianggap bahawa Masonry mengiktirafnya.  Hakikatnya, Illuminati tidak memerlukan kepercayaan kepada Tuhan yang menyebabkan mereka popular di kalangan para Atheis.  Selain itu, kebanyakan ahlinya berfahaman humanisme. Ini menunjukan bahawa Illuminati secara terang-terangan mahu menggulingkan semua agama di dunia ini. Masalah dalaman terhadap isu penggantian p

Kehebatan Ayat Kursi

Ayat Kursi Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.  Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.  Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta