Saturday, 9 November 2019

Gila nak berjaya

Untuk berjaya perlu berkawan dengan orang yang betul dan berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul.

Namun begitu adalah satu kejayaan sekiranya dapat membetulkan orang yang tak betul di tempat yang tak betul walaupun bukan dimasa yang betul.

Untuk mengharapkan seorang pemimpin berubah menjadi baik adalah satu perkara yang mustahil.

Ianya sama mustahil dengan mahu mengubah diri sendiri agar berhenti mengharap.

Maksud orang yang berjaya adalah terlalu subjektif dan berbeza beza dan akhirnya akan beroleh kekecewaan walaupun orang lain berpendapat dia telah berjaya.

Ada yang mengatakan kejayaan itu ialah apabila berjaya menyimpan harta kekayaan seperti orang lain.

Ada yang beranggapan kejayaan itu ialah apabila berjaya mempunyai segulung ijazah seperti orang lain.

Ada juga yang merasakan kejayaan itu ialah apabila dapat lebih dari pencapaian orang lain.

Namun begitu kejayaan hanya akan dianggap sebagai berjaya apabila kita berada didalam garisan sifar dan  apabila kita berusaha untuk bergerak ke hadapan dan sampai ke garisan seterusnya.

Namun boleh juga dianggap telah berjaya sekiranya kita dapat menahan langkah kaki kita untuk tidak bergerak kehadapan yang sedang menuju kehancuran.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...