Monday 25 November 2019

The Real Last Battle: Tun Vs Anwar

Dinasaur dinasaur politik atau muka muka lama hanya mewariskan perkelahian dan perbalahan sahaja kepada generasi politik muda.

Rasanya mereka ini wajar dijatuhkan dari persada politik negara.

Ahli ahli parti politik perlu berfikir dan mula mengenengahkan pemimpin baru didalam parti masing masing.

Kenapa agaknya sehingga sekarang Anwar masih menyembunyikan calon TPM pilihannya?

Dalam 4 parti komponen PH, Dap nampaknya begitu bersungguh mahukan Tun melepaskan jawatan.

Adakah ini bermaksud sudah ada perjanjian tersembunyi antara Anwar dan Kit siang?

Rupa rupanya jemputan Azmin terhadap beberapa Ahli Parlimen umno dan PKR di kediamannya adalah bagi tujuan "Head Count" untuk mengira jumlah sokongan ahli parlimen yang mahukan Tun terus kekal menjadi PM hingga akhir tempoh.

Ramai yang dijemput tapi hanya 22 yang hadir.

Kem Anwar mengatakan Azmin hanya mempunyai 99 sokongan sahaja sedangkan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang Azmin memerlukan minimum 112 kerusi parlimen.

Ugutan Tun untuk merombak kabinet rupa rupanya adalah untuk mendesak menteri menteri dikalangan parti Amanah agar menyokongnya dan berpaling tadah kepada Anwar.

Menurut Kem Anwar ugutan tersebut membuktikan Tun masih kekurangan sokongan dikalangan ahli parlimen.

Sekiranya Anwar membuat undi tidak percaya terhadap Tun didalam parlimen nanti peluang untuk menjatuhkan Tun amat cerah.

Anwar nampak selesa dengan jumlah sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya.

Cuma mereka hairan kenapa Anwar masih ragu ragu untuk meneruskan konspirasi menjatuhkan Tun secara terbuka.

Di satu sudut negara, MB perak pula terus bermaharajalela melakukan onar kerana beliau tahu Tun tidak mampu untuk menegurnya kerana nilai satu undi Ahli Parlimen adalah tersangat penting diwaktu Anwar sedang berkira kira mahu mengadakan undi tidak percaya kepada Tun.

Perbalahan Anwar vs Tun akan membuatkan nilai ahli parlimen melonjak naik.

Ada yang mengatakan kini nilai satu maruah ahli parlimen sudah mencecah 25juta.

Untuk mengetahui kebenarannya maka tunggu lah di hujung tahun kita  akan dapat melihat ahli ahli parlimen bercuti beramai ramai di tempat yang sama atau mungkin menuju ke tempat yang berlainan tetapi akhirnya akan hinggap disuatu tempat yang sama. (Alasan membuat umrah adalah satu idea yang bernas)

Rekod peribadi Tun tertulis bahawa Tun tidak pernah kalah didalam setiap battle yang beliau masuki.

Ini agak menggentarkan Anwar untuk declare war secara terbuka terhadap Tun.

Atas sebab itu kita dapat lihat pertempuran hanya berlaku diantara proksi sahaja.

Malah Kit siang sendiri hanya melakukan baling batu sembunyi tangan dalam serangan terhadap Tun.

Tidak ada individu yang berani melakukan perang secara terbuka dengan Tun.

Makhluk terakhir yang berani melakukannya ialah najib razak dan kita dapat lihat kesannya bagaimana.

5 comments:

  1. Tak usah takut bertempur dgn tun..baling gelas pun tk pecah..paling lama 110.pada yg ingat mati..dah dok masjid dah..pada yg ingat dunia..di takhta hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pak yop.....sokong 100%...

      Delete
    2. Allah suruh bekerja selagi sihat dan mampu. Ada orang, kudrat ada, otak pulak dungu tak reti pikir nak cari kerja apapun asalkan halal (ini sangat byk dalam Malaysia).

      Ada lagi satu jenis, kudrat tidak seberapa cth OKU atau orang tua/pesara (masih menanggung bini anak) tetapi Allah kurniakan mereka ilham dan otak untuk berfikir dan bekerja sesuai kepandaian masing-masing.

      Jadi jika tua atau oku, bukan hanya pikir tunggu mati sahaja ye. Boleh kena penyakit nyanyuk @ ingatan semakin lemah.

      Yang penting nawaitu kita "sedang bekerja" kerana apa.
      Untuk agogo lagi ke, untuk selamatkan negara ke @ untuk tamak urusan dunia lagi ke.

      Hanya Allah Maha Mengetahui perkara tersembunyi (di luar pengetahuan manusia) dan Allah sebaik baik pengatur kepada suatu manusia, suatu bangsa @ suatu kerajaan.

      Delete
  2. rombakan kabinet dapur dijangja hujung depan sidamg Apex ... hahah makna kata 10 Mei 2020 tak ada peralihan kuasa la tewwwuuww


    kikikiki... menyirap lagi darah bang non kite...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reforbasi....Reforbasi.....kikiki...dah menang nak Reformasi lagi..apa menda!!!

      Delete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...