Tuesday 19 November 2019

Zaman PH memang sukar cari makan

3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Amir seorang pengira tiang letrik yang bertauliah, Bardi pula seorang pencabut uban monyet profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm jawatannya.

Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub.

"Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang pendita tua?"

"Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam."

"Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya," cerita si pencuci batu sungai itu lagi.

Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari.

Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka dengan seorang pendita tua yang sedang menumbuk sambal untuk makan malamnya.

"Lato', kami datang nak makan." sapa Amir.

"Hoi! Makan boleh lain kali la.. kami datang nak jadi kaya raya Lato'" marah Nyot pada Amir sambil memberitahu maksud kedatangan mereka kepada pendita tua tersebut.

"Oooo.. mau jadi kaya hoh? Boree.. borreee.." jawab pendita tua itu dengan bahasa Jepun yang mencurigakan.

"Kamu mesti datang berjumpa dengan aku seorang demi seorang pada hari yang berlainan dengan membawa beberapa biji daripada satu jenis buah sahaja. Pada masa itu aku akan berikan kamu syarat-syarat untuk jadi kaya!" terang pendita tua itu kepada mereka bertiga.

Maka sahabat bertiga itu pun pulanglah ke kampung mereka dan memikirkan buah apa yang akan mereka bawa untuk berjumpa dengan pendita tua setelah tiba giliran mereka nanti.

"Senang je ni.. aku nak bawak buah langsat la," kata Amir dalam hati.

Esoknya adalah giliran Amir untuk berjumpa dengan pendita tua itu. Bersama-samanya di bawa setangkai langsat.

"Baiklah. Sekarang kamu telah penuhi syarat pertama. Syarat kedua dan terakhir sebelum kamu perolehi kekayaan ialah.." pendita tua tu bagi Amir suspen..

"Kamu hendaklah masukkan kesemua buah langsat itu ke dalam punggung kamu. Sekiranya kamu berjaya, 1 jongkong emas akan aku berikan."

Amir yang melopong terus mengikut arahan pendita tua itu. Satu persatu buah langsat itu dimasukkan dengan mukanya yang berkerut-kerut menahan kentutnya.

Akhirnya.. berjayalah Amir memasukkan kesemua DUA BELAS biji langsat kedalam punggungnya. Pendita tua berpuas hati dan memberikannya 1 jongkong emas. Amir pulang dan bercadang untuk membuka bisnes kain kapan yang diidam-idamkannya selama ini.

Hari kedua merupakan giliran Bardi. Apabila dilihatnya Amir sudah mendapat 1 jongkong emas dengan hanya membawa setangkai buah langsat, dia terfikir, "Ada baiknya aku bawa sebakul buah epal. Untung-untung aku boleh dapat 2 jongkong emas."

Maka berlakulah perkara yang sama kepada Bardi. Dia juga berjaya dan pulang membawa 2 jongkong emas sambil terkangkang-kangkang.

Nyot yang hairan bertanya kenapa Bardi berjalan terkangkang-kangkang itu.

"Aku terlupa nak sikat bulu kaki aku tadi," jawab Bardi selamba.

Oleh kerana terlalu gembira melihatkan Bardi yang berjaya membawa pulang 2 jongkong emas dengan bersyaratkan sebakul epal sahaja, Nyot mendapat satu idea yang sungguh memberahikan! "Aku akan bagi pendita tua tu happy gila besok bila aku bawak buah-buah ni semua," katanya Nyot dengan konfidennya dalam hati.

Sesampainya Nyot dengan senyum lebar ke gua tersebut, pendita tua itu pun memberitahunya dengan gembira, "Hari ini kau sungguh bertuah kerana aku nak buat clearance stock. Kau boleh ambil semua jongkong emas di gua ini kalau kau berjaya menyempurnakan syarat ke dua aku.."

Setelah pendita tua itu menerangkan syaratnya kepada Nyot.. dia terus jatuh pengsan.. sambil sempat melihat dengan sayunya kearah BUAH DURIAN yang dibawanya SATU LORI!!!

2 comments:

  1. Petronas diarah bayar bekas pekerja RM1.13 juta sebab pecat tanpa sebab!

    Apa pula nasib yang menimpa beribu2 pekerja samada pekerja tetap mahupun pekerja kontrak yang juga DIBUANG TANPA SEBAB pada tahun 2015 dan 2016?

    Lebih menyedihkan mereka2 ini dibuang tanpa diberi sedikit pun imbuhan. Mereka membuang pekerja2 tersebut tanpa rasa belas kasihan seolah2 yang dibuang tersebut tidak punyai tanggungan, tiada ibu bapa untuk ditanggung, tiada anak isteri, rumah dan kereta untuk dibayar.

    Nasib pekerja tempatan ini sangat jauh berbeza dengan 'foreign staffs', orang puteh, pakistan, iran, indonesian etc etc yang ditatang bagai minyak yang penuh, diberi imbuhan 3-4 bulan gaji.

    Itulah nasib pekerja tempatan yang telah banyak menyumbang kepada syarikat.

    MUNGKIN inilah cara para CEOs, Board of Directors mereka berfikir diluar kotak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap wakil kepada Mahkamah Perusahaan Malaysia atau mana2 badan berkepentingan dapat menyiasat perkara serius ini tanpa berlengah lagi dan dapat mengheret mana2 pihak yang tidak bertanggungjawab MEMBUANG BERIBU2 PEKERJA TANPA SEBAB kemuka pengadilan!

      Kepada wakil Kesatuan Pekerja Malaysia sila ambil perhatian!


      Delete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...