Friday 1 November 2019

Melayu melutut dengan lutut berdarah

Nasib bangsa ini sudah tidak dapat disandarkan kepada pemimpin melayu nampaknya....

Pemimpin melayu mendapat kerusi jawatan mereka adalah kerana mereka menang dikawasan pengundi melayu namun mereka tidak menghargai sokongan orang melayu terhadap mereka.

Masa bertanding mereka mengharap undi melayu tetapi selepas menang mereka mahu menjaga yang bukan melayu.

Apa penyakit agaknya yang sedang mereka hidapi ini?

Kita bukan sahaja dipaksa untuk melutut nampaknya malah kita terpaksa melutut didalam keadaan lutut kita berdarah darah...

Pemimpin melayu terlampau sibuk bermain politik hinggakan mereka lupa bahawa tujuan berpolitik adalah untuk mendapat kuasa untuk memartabatkan bangsa itu sendiri.

Bangsa lain lebih faham dan bijak dalam menggunakan kuasa politik.

Ini berbeza dengan pemimpin kita yang mempunyai kuasa pun tapi tak mampu untuk menguatkan bangsa sendiri.

Hanya kerana wang ringgit mereka sanggup menggadaikan segala galanya.

Kita hanya mampu meluahkan perasaan sahaja diatas setiap penganiayaan yang dilakukan keatas kita.

Kita terlalu lemah untuk bangkit kerana kita tidak mempunyai pemimpin yang boleh kita taati dan ikuti....

Pemimpin kita sudah terlalu banyak termakan budi wang ringgit dari pihak lain.

Ini yang membuatkan kita sentiasa ke belakang dalam urusan menuntut keadilan...

Pemimpin melayu ni apabila jawatan mereka tergugat dan duit mereka tak dapat barulah timbul mereka punya semangat.

Selagi mereka selesa di singgahsana mereka tak begitu memikirkan nasib bangsa.

Apabila sudah tiada lagi orang melayu barulah mereka sedar bahawa mereka tidak diperlukan lagi oleh orang lain.

Mereka diperlukan adalah semata mata kerana mahu menampakkan bahawa wujud wakil orang melayu didalam kerajaan.

Untuk menyedarkan pemimpin melayu agar meninggalkan rasuah adalah sama mustahilnya untuk menyuruh orang melayu bawahan supaya jangan malas.

Kita kata mereka makan rasuah dan mereka kata kita pemalas...

BANGSA takkan bersatu dengan muzik, takkan kuat dengan silat, takkan utuh dengan ekonomi tapi bangsa akan menjadi hebat dengan AGAMA...

Lebih panas klik sini

1 comment:

  1. Usah dipikir sangat tuan. Terus terang ckp, tidak ada satu pun pemimpin melayu selepas 'merdeka' yang boleh diangkat sebagai pejuang agama dan bangsa.

    Lupakan sahaja lah.
    Cukuplah berharap Allah sebaik pelindung kita (saat ini).

    Untung nasib anak cucu dan tanah ini biarkan Allah tentukan.

    Berlapang dadalah atas apa juga perkara yang menimpa kerana demikianlah Allah telah menghendakiNya (untuk umat kembali kepada agamaNya).

    Jika bersabar dan panjang umur, insyaallah ada 'susuk' lain yang akan memimpin saki baki bani melayu kita.

    Lupakanlah.
    Kerana pemimpin yang ada saat ini bermuka melayu bertopeng islam bernada pejuang tetapi sebenarnya bersembahkan setan iblis kapitalis.

    Mereka menipu kita dengan 'pakaian' palsu mereka.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...