Tuesday, 26 November 2019

Erti Politik Bagi Kanak-kanak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.


Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami."

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan."

2 comments:

  1. Wahai penduduk kampung semburit semua .. perang semburit akan tempor bila bila masa saja...

    Pada penonton wayang semburit maka siap kan pop corn dan tepuk kuat kuat semua

    Bersama beberapa perkembangan sebelum ini serta apa yang berlaku semalam di mana di dua Adun PKR yang pro Azmin bertindak memboikot Sidang Dun Melaka sehingga usul kerajaan negeri untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu, Abdul Halim Bachik sebagai Senator ditolak dengan undi 13-12, Anwar kini sebenarnya tidak boleh berlembut atau berdiam diri lagi terhadap mereka yang menentangnya dan cuba menghancurkan PKR

    Bagi mesyuarat sayap Wanita PKR yang memang menjemput Azmin sebagai perasminya, kumpulan pro Azmin dikhabarkan akan memakai pakaian yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan dengan mereka yang pro Anwar.

    Geng Azmin juga diperkhabarkan akan turut melakukan pemboikotan dalam Kongres Keadilan Nasional yang akan diadakan di Melaka pada 6 hingga 8 Disember depan.

    Hanya mereka yang pro Azmin dibisik-bisikkan tentang perbezaan pakaian yang perlu dipakai itu, manakala yang memakai uniform yang biasa dipakai selama ini akan dianggap sebagai pro Anwar.


    formula hilang stress = BMF + popcorn tambah + tepukkk

    ReplyDelete
  2. Ari ari citer bila mau tukar PM ,,, ari ari citer mau undi tak caya..

    Apa kata Ahli Parlimen mana mana puak usul pada speaker buat undian sapa mau atok kekal abis penggal pulak... asyik undi tak caye bila mau selesai daaaa..!!


    Amacam semua...!!??


    Ok tak cadangan ako ni...!!!

    mohon blogger main kan usul ni .. amacam 0ok tak...!!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...