Sunday 17 November 2019

Masa depan PPBM Suram

Seperti biasa, selepas menang akan berterima kasih kepada pengundi berbakul bakul pujian.

Mana mana parti pun begitu... 

Pagi esok rakyat bangun tetap kena fikir apa yang nak diberi makan kepada keluarga. 

Yang menang sudah pasti boleh berkira kira dengan elaun yang bakal mereka perolehi bulan depan.

Seperti biasa..

Yang kalah akan menyalahkan pengundi tidak bijak tetapi bila menang mereka kata jentera mereka pandai bekerja.

Malah jentera pun akan mengungkit ungkit jasa besar mereka memenangkan calon.

Spesis ni ramai...

Kekalahan 0-4 kepada BN didalam PRK sebaik selesai PRU14 sebenarnya tidak menakutkan pihak kerajaan. 

Mereka beranggapan mereka masih memegang kuasa sehingga PRU 15 ditetapkan oleh pihak mereka.

Bagi mereka, mereka mempunyai 3 tahun lebih lagi untuk melakukan sewenang wenangnya.

Sekiranya didalam tempoh tersebut kerusi mereka berkurangan maka mereka akan kenakan beberapa tindakan undang undang terhadap ahli parlimen pembangkang.

Ini boleh menambah semula kerusi mereka...

Strategi yang agak menarik dan kelihatan amat bijak namun sekiranya PRK dijalankan semula jangan lah pula mereka masih kalah lagi.

Dan apabila kalah janganlah pula melepaskan geram kepada rakyat dengan mengatakan orang melayu malas atau bodoh.

Kalau kata malas mungkin orang melayu tak terasa sangat tapi kalau kata bodoh, itu boleh mendatangkan marah.

Pada asalnya mempunyai 13 kerusi dan kini mempunyai 12 kerusi parlimen. Dalam 12 kerusi tersebut ada yang menyatakan cuma kerusi Tun dan Tan Sri Muhyidin sahaja yang selamat.

Itu pun sekiranya bertanding didalam PRK tetapi sekiranya didalam PRU 15, besar kemungkinan tiada satupun yang selamat.

4 comments:

  1. Ini parti yg dap suruh tubuh. Sangat tidak beretika.

    ReplyDelete
  2. Bersatu, Amanah dua2 parti ditubuhkan oleh DAP! untuk mereka divide and rules! Kini mereka hanya menunggu masa sahaja untuk memusnahkan terus kuda tua setelah puas menunggang... susah sangat ke nak paham?

    ReplyDelete
  3. sokong dan usung yg songlap duit tu menandakan anda sangat333 faham ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkihkih... kau kena kencing kalau percaya kes songlap duit tu.. itu semua lakonan je.. org bodoh bengap je yg percaya..

      Delete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...