Friday, 8 November 2019

Perlu berada di tempat yang betul

Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun.

Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".

Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar".

Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.

Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".

Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut".

Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"

Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil.

Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah.

Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai.

Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...