Saturday 14 September 2019

Pandai dan Tahu adalah 2 perkara yang berbeza

Pru 15 perlu dihadapi dengan facts and figures. Ianya bukan boleh dihadapi dengan semangat dan syok sendiri semata mata.

Apabila saya katakan kepada rakan umno saya tadi bahawa PH akan terus memerintah negara ini, mereka terus melenting.

Saya bukan mahu melemahkan semangat beliau tetapi dulu pun saya dah kata Umno akan tewas tapi beliau kata mustahil.

Kali ni pun beliau masih lagi nak melawan cakap saya. Saya pun pelik dengan cara dia berfikir dalam pengiraan sokongan rakyat.

Dalam pengiraan kerusi parlimen bakal pru15 tadi saya dengan baik hati berkata umno boleh kekalkan kerusi parlimen sediada di samping kerusi Pas pun dikekalkan.

Malah saya menambah lagi beberapa kerusi yang beliau katakan umno pasti menang.

Selepas dia begitu seronok menokok dan menambah beberapa kerusi, kemudian barulah saya pula keluarkan satu fakta yang membuatkan dia begitu terperanjat dan akhirnya meyakini PH akan terus memerintah di bawah PM8...

Untuk umno kembali kepada zaman kegemilangan mereka dulu cuma ada satu jalan sahaja.

Masalahnya mereka masih belum bersedia... Didalam umno sendiripun masih berantakan sama seperti parti parti yang lain...

Tidak ada satu partipun yang mampu mentadbir parti mereka dengan aman damai...

Perpecahan didalam parti begitu giat berlaku kerana setiap parti tidak mampu memilih pemimpin yang mampu mentadbir dengan baik.

Dan itulah sebenarnya fungsi demokrasi yakni memastikan suasana sentiasa panas dalam merebut jawatan.

Saya dan rakan rakan yang lain meletakkan diri kami sebagai rakyat dan pengundi tanpa taksub kepada mana mana parti politik.

Kami secara jelas dan nyata telah mufaraqah dari semua parti politik dan hanya bercakap dari kacamata seorang rakyat.

Malah dalam pru akan datang saya dan rakan rakan yang bersama saya hanya akan mengundi parti yang berjanji akan menguntungkan orang melayu dan agama Islam.

Sekiranya mereka menipu maka dosa itu akan ditanggung oleh mereka dan kami berlepas tangan dari hasil penipuan tersebut.

Saya secara peribadi ingin memohon berjuta ampun dan maaf kepada semua rakan rakan saya didalam fb ini.

Saya sedari dulu lagi mempunyai pandangan tersendiri dalam politik. Saya juga tidak dapat untuk taksub kepada mana mana pemimpin parti.

Samada Tun M mahupun Anwar, saya terhalang daripada untuk taksub kepada mereka.

Saya memohon maaf kerana tidak mampu untuk membuat status menyanjung nyanjung mereka dengan terlalu tinggi.

Walaupun saya tidak menyanjung mereka tapi setidaknya tidaknya saya tidaklah memaki hamun mereka sebagaimana saya memaki hamun najib dahulu dek kerana terlalu marah diatas perbuatan najib.

Namun begitu setelah kekalahan najib saya tidak lagi memaki hamun beliau kerana bagi saya tiada gunanya kita menunjuk kuat dihadapan orang yang lemah....

Saya ni orang melayu dan bukan sahaja seorang melayu semata mata tapi seorang melayu yang agak baik juga.

Saya telah memberi peluang kepada BN berkali kali. Maka rasanya orang umno tidak boleh menyalahkan saya atas sebab itu.

Saya pernah mengundi BN setiap penggal dalam pilihanraya bermula dari tahun 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013.

Waktu klimaks perasaan meluat kepada umno ialah pada pru 2008 tetapi saya masih cuba bersabar dan terus menyejukkan hati dengan mengharap najib dapat buat sesuatu.

Tapi malangnya bertambah teruk pula najib. Dan pru 2013 saya telah nekad untuk memberi peluang terakhir kepada diri saya untuk memberi peluang kepada umno dan masih tetap setia menyokong umno walaupun hati sudah terlalu sakit.

Dan umno masih menang pada tahun itu walaupun keputusannya semakin merosot.
Dan pada 2018 adalah waktu dimana seluruh bangsa melayu yang meluat dengan umno telah perjudikan nasib dengan memilih pakatan harapan dengan niat untuk memberi sedikit pengajaran kepada pemimpin umno yang culas.

Dan biasanya judi bukanlah satu perkara yang baik, walaupun menang kita tetap mendapat bala.

Umno adalah satu sejarah dimana tempat jatuh bangunnya bangsa melayu. Umno juga adalah satu sejarah dimana kealpaan pemimpin melayu telah menghasilkan benih benih penjajahan sekali lagi.

Sejarah sentiasa berulang setiap kali pemimpinnya lalai dari tanggungjawab...
Itu adalah fakta. 

Ia bukan berlaku kepada umat melayu sahaja bahkan pernah berlaku kepada sebuah empayar Islam yang amat besar suatu ketika dahulu....

Sebenarnya andaikata najib masih menjadi perdana menteri, apa yang berlaku pada hari ini tetap akan berlaku kerana sebelum kekalahan BN pun najib sudah berjinak jinak dengan china malah najib juga begitu menjaga hati presiden amerika donald trump.

Cuma sahaja Tun dilihat terus mencantas amerika dan terus mengambil sikap memihak kepada china sambil merapatkan hubungan dengan jepun.

Dari satu segi jepun menjadi pendinding kepada malaysia sekiranya amerika bergaduh dengan malaysia. Ini kerana jepun dan amerika adalah sama sama rakan dagangan.

Pergaduhan dengan amerika tidak memberikan  markah yang baik kepada anwar tetapi memberi kelebihan kepada dap. Dan ini boleh mengimbangi pengaruh Tun dari segi politik.

Dap juga agak bijak dalam berpolitik kerana disamping mereka sebangsa dengan negara china, mereka juga seagama dengan amerika...

Politik malaysia bukan seperti tahun 90an dahulu. Politik malaysia menjadi lebih berat kerana ia menentukan siapakah yang kita sokong dalam pergelutan pengaruh diantara negara negara besar.

Permainan kali ini bukan mudah... Terlalu banyak prinsip yang perlu dikorbankan...

Seandainya kita sedang berjalan beramai bersama rakan rakan, isteri dan anak melintasi satu jambatan dan sampai sahaja ditengah tengah jambatan kita dapati jambatan tu bakal roboh.

Waktu itu kita hanya boleh menyelamatkan 2 orang sahaja dengan ke  2 tangan kita.

Siapakah yang akan kita selamatkan...???

Adakah anda rasa Tun juga memberi jawapan yang sama dengan anda???

Anda rasa Tun tak tahu apa yang sedang berlaku didalam negara ini???

Sebenarnya Tun lebih tahu dan terlebih dahulu mengetahui apa yang bakal berlaku...

Pandai dan Tahu adalah 2 perkara yang berbeza...

Apabila saya menulis, bukanlah niat saya mahu menunjuk pandai tetapi sebaliknya untuk memberi tahu...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...