BILA kita dedah Mukhriz Mahathir menyamun 1,000 hektar tanah konsesi balak di Sarawak pada 1994, Mukhriz jawab dia “hanya tolong kawan dan itu cerita lama, dah lupa”.
Sama macam skandal Forex lebih RM 30 billion melibatkan Tun Mahathir Mohamad, juga Tun Mahathir jawab “Tak ingat, tak tahu, tak siapa beritahu”
Mereka dua beranak mudah lupa diri, tapi kalau bab orang lain, mereka boleh kerah polis panjat siling rumah Tun Rahah untuk kononnya cari duit Najib Razak curi!
Itulah kisah Tun Mahathir anak beranak yang bertaraf billionaire dan tak tahu malu.
Tidak mengapalah. Letak sebelah dulu cerita lama, kita bercakap pula tentang skandal terkini.
Baru-baru ini pada 28 Ogos 2019, Kabinet PH umumkan kelulusan peruntukan RM21.6 billion untuk national connectivity plan dan saya ada menulis bahawa ianya adalah untuk kepentingan syarikat Opcom milik anak Tun Mahathir.
Tapi 4 hari lalu pada 4 September 2019, Gobind Singh Deo nafikan ianya projek mega dan Opcom (syarikat Mukhriz) bukanlah satu-satunya syarikat yang mendapat faedah dari peruntukan RM21.6 billion tersebut.
Maka kencing PH semakin berdarah!
Dari maklumat yang diperolehi dari data Bursa Malaysia, Mukhriz telah menjual sahamnya di Opcom dalam 3 urusniaga berasingan selepas pengumuman peruntukan RM 21.6 billion untuk national connectivity plan yang menyaksikan saham Opcom naik mencanak!
Mokhzani juga telah melepaskan semua jawatan di Opcom 2 bulan sebelum pengumuman RM 21.6 billion untuk national connectivity plan tersebut.
Untuk rekod, Mukhriz adalah pemegang saham utama Opcom, manakala Mokhzani Mahathir pula adalah Pengerusi Eksekutif Opcom sehingga 3 bulan lalu.
Saya senaraikan Lembaga Pengarah Opcom untuk “during the financial year and during the period from the end of the financial year to the date of
this report (tidak termasuk yang tersenarai di atas):
this report (tidak termasuk yang tersenarai di atas):
Tok Puan Norzieta Binti Zakaria
Lim Bee Khin
Mirzan Bin Mahathir
Arun Bansal
Datuk Muthanna Bin Abdullah
Patrick Rolf Johansson
Ahmad Bazlan Bin Che Kasim
Rohiza Binti Husain (dilantik pada 1.9.2018)
Yusree Putra Bin Alias (dilantik pada 16.7.2019)
Ng Hui Tieng (dilantik pada 20.6.2019 dan 16.7.2019)
Lim Bee Khin
Mirzan Bin Mahathir
Arun Bansal
Datuk Muthanna Bin Abdullah
Patrick Rolf Johansson
Ahmad Bazlan Bin Che Kasim
Rohiza Binti Husain (dilantik pada 1.9.2018)
Yusree Putra Bin Alias (dilantik pada 16.7.2019)
Ng Hui Tieng (dilantik pada 20.6.2019 dan 16.7.2019)
Rupa-rupanya Mirzan Mahathir dan isteri Mukhriz juga adalah pemegang saham Opcom!
Tahukah anda, jika di luar negara, penjualan saham sebegini adalah JENAYAH dan menjadi SKANDAL KEWANGAN yang besar?
Tapi di Malaysia Baru, ianya tidak menjadi isu!
Kenapa?
Bursa Malaysia telah dikawal oleh blogger Tun Mahathir sendiri, SatDee!
Apakah Pengurusan Bursa Malaysia di bawah kawalan blogger Tun Mahathir, SatDee akan menyiasat skandal ini dengan telus dan tanpa prejudis?
Apakah Tun Mahathir akan sekali lagi menjawab “saya tak tahu”?
Saya tahu! Jawapannya ya, Tun Mahathir tidak tahu!
Hanya satu soalan saya kepada Tun Mahathir, apakah saya telah melakukan jenayah dengan bertanyakan soalan begini?
Perdana Menteri Malaysia sangat berkuasa, namun saya serahkan kepada Allah Taala jua.
Hamdan Taha Fb
– 7 September 2019.
– 7 September 2019.
No comments:
Post a Comment