Friday, 6 November 2020

KISAH AKHIR ZAMAN YANG SEDANG KITA HARUNGI

Kebanyakan orang tak nampak Rancangan Induk Agung Dajjal. Berikut Adalah intipati Dari kuliah Sheikh Imran Hossein agar kita faham apa yang sedang terjadi.

Peralihan Kuasa Dunia sedang berlaku. Tatap dan bacalah dengan hati yang terbuka!

Semoga ALLAH swt memberi kita hidayah agar kita dapat melihat segala-galanya supaya kita boleh bertindak dengan betul. 

TIGA FASA DAJJAL

Kita hidup dalam suasana yang amat mengelirukan dan tiada kepastian. Era kita adalah era berita palsu ditambah dengan cara bertutur yang tidak beradab. 

Apakah realiti hari ini dan rentetan sejarahnya?

Iya, ada. Eschatologi Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis Rasulullah saw inilah satu-satunya ilmu yang mampu mengupas realiti dunia hari ini dan esok. Apa itu eschatologi?
Eschatologi ialah pengajian ilmu akhir zaman. Agama samawi yang tiga itu mempunyai eschatologi masing-masing. Izinkan saya terangkan versi eschatologi Islam. Golongan Nasrani dan Yahudi bebas untuk mempunyai pandangan eschatologi masing-masing.

Perkara yang teramat penting di dalam eschatologi Islam ialah Al-Masih Dajjal. Malah, dia merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda akhir zaman. Anda mungkin mempunyai persoalan:

SIAPAKAH DAJJAL?

Al-Masih Dajjal ialah Nabi Yang Palsu. Dalam agama Kristian, dia dikenali sebagai Antichrist. Nabi Yang Palsu. Nabi sebenar menurut Islam dan Kristian ialah Nabi Isa. Umat Islam percaya, beliau adalah anak kepada Maryam dan bukannya anak Tuhan seperti kepercayaan orang Kristian.

Apakah peranan seorang Nabi? 

Setelah orang Israiliyyat dihalau dari tanah suci Israel, ALLAH swt berjanji akan menghantar seorang Rasul yang akan mengembalikan kegemilangan  tanah suci Israel yang pernah diperintah oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Orang Israel percaya bahawa jika Nabi itu akan mengembalikan kegemilangan tanah Israel, dia pula perlu memenuhi prasyarat berikut: 

Membebaskan Tanah Suci Israel

Mengembalikan Tanah Suci itu kepada bangsa Israel

Menghidupkan kembali negara Israel di Tanah Suci

Jadikan Israel negara yang memimpin dunia

Akhirnya, Nabi Isa, anak kepada Maryam telah muncul. Bagaimana pun apabila ALLAH menghantar Nabi, DIA ingin menguji kaum Israel. Walaupun sesetengah umat yang miskin dan tawaduk menerima Nabi Isa, para imam Israel dan pihak berkuasa menolaknya kerana menganggap Isa adalah seorang penyamar. Mereka mendakwa Maryam telah melahirkan seorang anak haram. Oleh kerana itu, mereka gagal dalam ujian ALLAH swt.
Nabi Muhammad saw menyampaikan kepada kita bahawa ALLAH swt telah mencipta seorang makhluk yang dikenali sebagai Al Masih Ad-Dajjal. Dia diberikan tugas untuk menyamar sebagai Nabi Palsu oleh kerana masyarakat Israel telah menolak Nabi Isa.

 APAKAH MISI DAJJAL?

Dalam ayat  34-35 in Surah Shad, ALLAH swt berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertaubat. 

Ia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Ayat 34 menyatakan, ALLAH swt telah meletakkan sesusuk jasad di takhta Nabi Sulaiman dalam sebuah mimpi. Apakah itu jasad? Jasad adalah tubuh tanpa ruh. Dalam Islam, kita beriman bahawa manusia bukan sahaja mempunyai jasad tetapi mempunyai ruh.

Ayat 35 pula menyatakan bahawa Nabi Sulaiman bertaubat setelah terjaga dari mimpi. Setelah itu, dia berdoa kepada ALLAH swt agar tiada sesiapa pun yang akan mewarisi kerajaan sucinya setelah dia wafat.

Hingga ke hari ini puak Yahudi tidak mengerti mengapa Israel telah musnah. Kita mempunyai bukti di dalam Al-Quran. Tetapi, jasad siapakah yang diletakkan di atas takhta Sulaiman?

Jawapan saya, itulah jasad Dajjal. Setakat ini, satu-satunya sarjana Islam yang saya tahu merumuskan hal ini adalah Sheikh Imran Hosein. Tetapi, mengapa jasad Dajjal? Jasad itu duduk di takhta, jadi mestilah dia manusia dan Nabi Muhammad saw mengatakan bahawa Dajjal itu adalah manusia.
Tambahan pula, jasad itu nampaknya begitu jahat sehinggakan Nabi Sulaiman berdoa kepada ALLAH swt supaya tidak membenarkan sesiapa pun mewarisi takhtanya setelah dia wafat. Yang pastinya Dajjal akan memerintah pada suatu hari nanti di kerajaan palsu Israel dan mendakwa dirinya sebagai Nabi.

Satu lagi perkara ialah mengenai jasad tanpa ruh. Setiap manusia mempunyai ruh yang dianugerahkan oleh ALLAH swt. Ini bermakna kita dimuliakan. Apabila kita tidur pada malam hari, ALLAH swt mengambil ruh kita dan mengembalikannya bila kita jaga. Apabila ALLAH swt menahan ruh kita, maka kita akan mati.

Pada pendapat saya, Dajjal tidak mempunyai ruh kerana dia tidak dimuliakan ALLAH swt. Kerana itu Dajjal hanyalah kelongsong tanpa diri.
Adalah penting, saya hanya menyatakan tafsiran dari Al-Quran. Hanya ALLAH swt sahaja Yang Maha Mengetahui kerana DIA akan sahkan samada saya benar ataupun salah.
Secara logiknya, untuk muncul dalam bentuk manusia dan memerintah dunia, Dajjal mestilah:

Membebaskan Tanah Suci Israel

Membawa pulang orang yahudi ke Tanah Sucinya

Mendaulatkan negara Israel di Tanah Sucinya

Menjadikan Israel negara yang memerintah dunia

Hanya setelah Dajjal menyempurnakan keempat-empat objektif ini, baharulah dia muncul dalam bentuk manusia, bertapak di Jurusalem lalu membuat pengisytiharan ‘Akulah Nabi.” Pastilah kaum Yahudi mempercayainya. Kemudian Dajjal akan meramas tangannya dan lalu berkata, “Misiku berjaya. Aku telah memperdaya mereka!”

Lihatlah Surah Mursalat, ayat 30:
“Pergilah kalian menuju naungan dari gumpalan asap Neraka yang terbahagi menjadi tiga cabang.”

Saya mentafsir bahawa gumpalan asap ini adalah asap sesuatu. Apabila gumpalan asap ini hilang, kita akan nampak apa atau siapakah di sebalik gumpalan asap itu.

Pada pandangan saya, gumpalan asap ini akan terserlah dalam tiga fasa. Ia merujuk kepada tiga fasa yang Dajjal akan lalui sebelum menjelma menjadi manusia. Wallahua’lam.

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis sahih Muslim bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari. “Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu. Hari-hari yang berikutnya adalah seperti hari-hari kamu.” Pada pendapat saya, Rasulullah saw berkata secara simbolik, bukannya 40 hari seperti yang kita maklumi.

Hadis ini menunjukkan Dajjal akan ada dalam tiga fasa tempoh yang lama (sehari seperti setahun), sederhana (sehari seperti sebulan) dan pendek (sehari seperti seminggu) sebelum dia muncul di ruang waktu bumi di mana sehari untuknya adalah sehari juga buat kita. 

Ketika dia dalam tiga fasa ini, dia sudah berada di bumi tetapi kita belum nampak akan dia. Apakah ada malaikat di dalam bilik kita sekarang? Iya, ada dua malaikat mencatat kebaikan dan keburukan kita, tetapi kita tidak melihat mereka.

Jadi, di manakah Dajjal dalam fasa satu misinya?

FASA SATU (Pax Britannica)
Serang lelaki bernama Tameem Al Dari telah datang kepada Rasulullah saw pada suatu hari dan memberitahu Baginda saw mengenai Dajjal. 

Rasulullah saw kemudiannya mengajak para sahabat untuk duduk kerana Tameen Al Dari telah menceritakan kepadanya mengenai Dajjal yang mengesahkan apa yang pernah dikhabarkan oleh Baginda saw kepada para sahabat sebelum itu.

Inilah cerita dari Baginda saw. Hadis ini adalah Sahih Muslim.

Tameen Al Dari dan 30 orang sahabat telah belayar dalam sebuah kapal. Kapal itu ditimpa ribut taufan selama sebulan sebelum ia terdampar di sebuah pulau. Setelah mendarat, mereka menemui seekor makhluk berbulu yang berkata, “Akulah Jassasah. Ada seseorang sedang menanti kamu.” Jasassah adalah pengintip dalam bahasa Arab. 
Makhluk ini terlalu berbulu hingga tidak diketahui yang mana kepala dan yang mana bahagian ekor. Jadi pulau ini melindungi identiti sebenar dan punyai tipu muslihat. 

Tameen Al Dari dan teman-temannya kemudian memasuki sebuah biara (tempat pertapaan) yang hampir musnah. Ia menggambarkan bahawa inilah pulau di mana agama akan runtuh dan ramai umatnya tidak percayakan tuhan. Kemudian mereka menemui seorang anak muda tampan yang berambut kerinting. (Tetapi tiada penerangan mengenai matanya di dalam hadis ini).

Anak muda itu bertanyakan beberapa soalan yang menarik termasuk air di Tasik Tiberias. (Tasik ini terletak di wilayah Israel). Setelah bersoal jawab, lelaki itupun berkata, “Akulah Dajjal. Apabila aku dibebaskan aku akan memasuki ke setiap bandar (di muka bumi) kecuali Mekah dan Madinah.”
Rasulullah saw pernah mengesyaki seorang kanak-kanak di Madinah bernama Ibn Sa’id sebagai Dajjal. Baginda mengajak Umar r.a untuk bertanya kepada budak itu. Umar r.a begitu kecewa dengan sikap kanak-kanak itu dan meminta izin Baginda saw untuk membunuh sahaja kanak-kanak itu.

Lalu Baginda saw berkata, “Jangan, Umar. Sekiranya dia Dajjal, kau tidak boleh membunuhnya. Jika dia bukan Dajjal pula, adalah berdosa pula membunuhnya.” Hadis Sunan Abu Dawud membayangkan bahawa Dajjal telah dibebaskan ke dunia di zaman riwayat Baginda saw.

Betapa pun, kita kena bertanya, di pulau manakah Dajjal dibebaskan? Menurut cerita Tameen Al Dari, kita menghimpun beberapa ciri pulau tersebut:

Perjalanannya ke pulau itu mengambil masa sebulan dari dunia Arab

Ia mempunyai kehebatan perisikan

Agama di pulau itu akan runtuh dan ramai umatnya tidak percayakan tuhan

Ia adalah sebuah pulau yang hebat dari segi muslihat dan menyembunyikan identitinya

Ia mempunyai hubungan dengan tanah Suci

Jawapan saya ialah, pulau di mana Dajjal berada menurut cerita Tameen Al Dari adalah Britain. Jika anda mengatakan pulau itu adalah pulau Greenland, Cyprus, Taiwan mahupun Puerto Rico, itu adalah pendapat anda. Biar saya jelaskan sedikit sejarah mengapa saya percaya pulau itu adalah Britain.

Pada kurun ke-17, Bank of England telah didirikan. Bank ini menghentikan Dinar dan Dirham dan menggantikannya dengan wang kertas. Britain meminjamkan wang kepada dunia dan mula mengumpul kekayaan.

Pada muasim panas 1914, terdapat enam kuasa besar di Eropah. Di pihak bersekutu ialah Britain, Perancis dan Rusia. Kuasa di wilayah tengah adalah Jerman, Austria-Hungary dan Empayar Uthmaniyyah. Pada Jun 1914, Maharaja Austria Franz Ferdinand dipancung di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina.

Inilah tindakan ganas yang mencetuskan Perang Dunia Pertama. Yang peliknya, Britain hampir kalah kepada Jerman sehinggalah puak Yahudi Jerman pergi kepada kerajaan Britain untuk mempelawa Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan itu. Sebagai ganjarannya, mereka mahu Britain mengusahakan tanah di wilayah Palestin.

Akhirnya Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan dan Britain serta pihak bersekutu memenangi peperangan itu. Namun, sebelum peperangan berakhir, Britain telah bertindak ganjil.

Kerajaan Britain telah mengeluarkan Pengiytiharan Balfour pada November 1917 yang membayangkan niat kerajaan Ratu England untuk mengusahakan penempatan Yahudi di Tanah Suci.

Nampak tak? Betapa ganjilnya sebuah negara sekular seperti Britain boleh mengumumkan hasratnya untuk menempatkan tempat tinggal kaum Yahudi di Tanah Suci. Pada tahun yang sama, Britain buat lagi sesuatu yang ganjil.

Apabila General Allenby dari Britain memasuki Jerusalem, dia membebaskan Tanah Suci itu lalu mengisytiharkan bahawa, “Perang salib telah berlalu.”

Eh? Anda dari negara sekular. Sekarang anda pula kata bahawa perang salib iaitu perang Kristian telah tamat? Apakah ini terjadi kerana kebetulan? Inilah Fasa Satu misi Dajjal; Pax Britainica.

Antara 1918 dan 1948, Britain memerintah Tanah Suci melalui mandat League of Nations. (Nama PBB sebelum itu). Kerajaan British membenarkan kaum Yahudi  untuk kembali ke Tanah Suci dan mendapat hak sebagai tanah mereka. Pada 1933, Adolf Hitler dan parti Nazi mula berkuasa di Jerman.

Holocaust (pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi) dan Perang Dunia Kedua merancakkan pergerakan Yahudi Eropah ke Tanah Suci. Negara Israel pun disahkan pada 1948.

FASA 2 (Pax Americana)

Amerika Syarikat mengambil alih sebagai negara memerintah dunia dari kerajaan Britain pada 1944 menurut kesepakatan Bretton Woods. 

Sepertimana Britain yang mempunyai hubungan dengan Israel dan Yahudi, Amerika Syarikat mengambilalih lalu meneruskan perhubungan itu.

Pada 1948, negara pertama di dunia yang mengiktiraf Israel ialah Amerika Syarikat. Negara itu membina Israel dengan menghantar pelbagai sumber dan bantuan. Seperti Britain dengan Bank of England, Amerika Syarikat mengambil alih kuasa matawang dengan memperkenalkan sistem kewangan petrodolar.

Ada yang percaya bahawa hanya terdapat dua kuasa besar ketika Perang Dingin. Bagaimana pun Krisis Peluru Berpandu Cuba telah ditamatkan apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan laut di sekeliling Cuba. Akibatnya, Russia terpaksa mengalah.

Mutakhir ini, Amerika Syarikat kian lemah dan kuasa besar seperti Rusia dan China kini mencabar penguasaan Amerika Syarikat ke atas dunia. Kelemahan ini membawa kepada pemilihan Donald Trump sebagai Presiden yang berjanji untuk memulihkan keagungan Amerika.
Namun, Amerika Syarikat kini terus lemah dan akhirnya akan  runtuh dan menjadikan Israel, pax Judaica memerintah dunia. Rasulullah saw bersabda di dalam hadis Sunan Abu Daud bahawa “Kemakmuran Jurusalem akan berlaku apabila Madinah mula runtuh. Keruntuhan Madinah ini tanda akan bermulanya Malhama Al-Kubra. (Perang paling getir dalam sejarah manusia). Tercetusnya perang ini akan diikuti dengan penaklukan Constantinople yang akan diikuti dengan kemunculan Dajjal.”

Dengan menggunakan analogi pembinaan, kita memahami bahawa Rasulullah saw bersabda bahawa Jurusalem akan menjadi tumpuan utama, Madinah tiada peranan dan Malhama Al-Kubra akan tercetus. 
Trump telah meletakkan Jurusalem menjadi tumpuan utama pada tahun lalu dengan  mengiktirafnya sebagai ibu negara Israel. Malhama Al-Kubra inilah yang dikatakan oleh orang Kristian sebagai Ammegeddon. Rasulullah saw bersabda bahawa 99 % manusia akan mati dalam peperangan ini.

Peralihan dari Pax Britainnica kepada Pax Americana memerlukan dua peperangan yang besar iaitu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kita berkata bahawa akan berlaku satu perang besar dalam peralihan dari Pax Americana ke Pax Judaica. Besar kemungkinan ini adalah perang nuklear.  Inilah sebab mengapa NATO memprovok Rusia. Mereka perlukan satu perang besar untuk mengurangkan penduduk dunia agar negara Israel mudah memerintah dunia.

Pada pandangan saya, sebaik sahaja Perang Dunia Ketiga tercetus, Israel akan menyerang negara-negara jiran dan menguasai dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates untuk merangkumi sempadan Israel. 

FASA 3 (Pax Judaica)

Bila berakhirnya Perang Dunia Ketiga, Amerika Syarikat dan sebahagian besar Eropah akan hancur. Hanya Israel yang akan kekal sebagai kuasa besar dunia. Israel akan mendominasi politik dan ekonomi ke atas negara-negara Arab dan menjadikan umat Islam akur dan tunduk dengan menindas mereka. Bagaimana pun, penindasan Israel tidak bertahan lama.
Dajjal akan menjelma berikutan dengan penaklukan Constantinople. Dia akan mendakwa menjadi Nabi dan memerintah Israel seolah-olah ia adalah pemerintahan yang kekal.
Mengikut hadis Sunnan Ibn Majah, Dajjal boleh mengarahkan hujan turun dari langit dan memerintah tanah untuk menghasilkan makanan bagi para pengikutnya. Sesiapa yang menolak Dajjal akan berdepan dengan kemarau dan kebuluran. Akhirnya Dajjal akan melancarkan serangan ke atas Madinah. 

Menurut Rasulullah saw, Dajjal akan mendarat di Madinah dan berkhemah di kawasan bergaram di luar kota. Adalah penting untuk kita ambil tahu bahawa Rejim Arab Saudi telah membina Istana Raja di salah sebuah kawasan di luar kota Madinah. (boleh Google dan lihat istananya)
Madinah akan digoncang tiga kali dan mereka yang munafiq dan kafir akan tercampak keluar dan mengikut Dajjal. Namun, para Malaikat akan menyekat Dajjal dan tentera Israel dari memasuki Madinah dan mengusir serangan mereka di Damascus di mana Imam Mahdi dan tentera Islam sedang bersolat di sebuah masjid.

Ketika Dajjal dan tentera Israel menghampiri masjid dan menganggap mereka telah berjaya mengepung dan menewaskan Imam Mahdi dan tentera Islam, Nabi Isa a.s akan turun dengan bantuan dua malaikat.

Apabila Firaun berdepan dengan Musa a.s, ALLAH swt memerintahkan Musa a.s untuk mengetuk air di Laut Merah dengan tongkatnya. Dan air pun berkuak menjadi laluan yang menyelamatkan mereka yang beriman. Sejarah akan berulang lagi apabila Nabi Isa a.s turun ke masjid di Damascus.

Selepas solat, Nabi Isa a.s akan memegang pedang dan bersabda, “Bukalah pintu!” Apabila Nabi Isa melangkah keluar dan sebaik sahaja Dajjal melihatnya, dia akan mencair seperti garam yang mencair di dalam air.

Nabi Isa a.s akan mengejar Dajjal dan memintasnya di Pintu Kota Lod. Utusan ALLAH itu akan membunuh Nabi Palsu itu dan menamatkan pemerintahan zalim. Kebenaran dan kemenangan akan mengatasi penipuan dan kepalsuan.

Inilah kesimpulan tiga Fasa Dajjal. Saya tak mampu menulis tanpa bantuan ALLAH. Saya bukanlah seorang sarjana, mufti atau imam.  Semua tafsiran dari Al-Quran dan hadis adalah dari Sheikh Imran Hosein. Akhir kata, anda tidak wajib menerima pandangan kami. Wallahua’lam. 

Semoga ALLAH swt melindungi kita dari Dajjal.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...