Syarikat aplikasi penghantar makanan halal pertama tempatan, OdeJee yang bakal memulakan operasinya bulan depan mempelawa orang ramai untuk menjadi penghantar makanan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan
Untuk menjadi penghantar makanan, pemohon perlu memiliki lesen memandu yang sah dan motosikal berserta cukai jalan dan insurans tidak tamat tempoh
Penghantar OdeJee akan diberi beg penghantaran makanan, dua helai baju berlengan panjang, tag nama serta barangan keperluan lain
OdeJee turut mempelawa pengusaha restoran, kedai makan, food truck serta pengusaha makanan dan minuman untuk menjadi vendor
Vendor-vendor OdeJee akan diberi pelbagai insentif dan dibantu untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka.
Semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar di bawah OdeJee adalah berstatus halal, dimiliki serta diusahakan 100% oleh umat Islam
Orang ramai yang ingin menjadi penghantar makanan dan vendor OdeJee boleh datang ke pejabat OdeJee yang beralamat di No 84A, Jalan Padi Makmur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pengurus Pemasaran OdeJee, Yasid Sahilan menerusi talian 013-9217796
No comments:
Post a Comment