Friday 13 November 2020

Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak.

Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.

Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP.

Kenapa begitu? 

Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan syarikat Maminco untuk memanipulasikan pasaran timah dunia.

Malangnya rancangan jahat dia gagal dan memakan diri sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita.

Akibatnya, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).

Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco?

Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.

Apa fungsi syarikat Makuwasa?

Cuma sebuah syarikat kosong untuk mengambil dan menjual saham-saham bumiputera yang telah diperuntukkan kepada KWSP.

Hasil jualannya pula digunakan untuk bail-out kerugian Maminco.

Jumlah saiz aset KWSP masa itu tak besar. Cuma sekitar RM10 bilion masa itu berbanding RM940 bilion sekarang.

Tapi saham-saham milik kerajaan yang telah diluluskan dan sepatutnya diberi kepada KWSP telah digunakan PM4 untuk bail-out syarikat Maminco melalui syarikat Makuwasa.

Hakikatnya, seluruh industri dan eksport utama negara dilumpuhkan buat selama-lamanya dan duit yang sepatutnya diberi kepada KWSP telah disalahgunakannya untuk bail-out. 

Cuba tanya dia atau Uncle Kit Siang jika ini benar.

Najib Razak

Klik link fb
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157487302745952/

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...