Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Maidani menceritakan:
• Ayahnya yang bernama Syeikh Hasan Habannakah al-Maidani menghidupkan budaya diskusi dan cukup terbuka berkongsi ilmu. Jika rajin, kita boleh cari sejarah berkenaan pengaruh ilmunya di Syria dan namanya yang cukup berbisa, amat menggerunkan pemerintah.
• Syeikh Abdul Rahman Habannakah mewarisi pembawakan ayahnya yang menguasai ilmu falsafah Yunani. Ia amat membantu dirinya memahami selok belok pemikiran moden dan menyediakan jawapan balas bagi pihak Islam.
• Beliau kaya dengan karya-karya sekitar topik pemikiran. Perbahasannya cukup mendalam. Setiap topik tulisannya tidak akan lekang dari penghujahan nas.
• Apabila ditanya berkenaan 7 siri kitab berkenaan musuh-musuh Islam, beliau menjawab sesiapa yang tidak kenal musuhnya maka dia tidak akan mengerti jalannya yang sebenar.
• Manhajnya menjauhi taqlid secara semberono. Apa-apa topik sekalipun, mesti dirumuskan dengan kefahaman al-Quran & hadith terlebih dahulu. Tidak boleh lari dari pedoman wahyu.
• Teori kebenaran yang relatif tidak relevan. Ia berkaitan dengan kepercayaan sofisme. Yang ada hanyalah kebenaran mutlak. 1+1 pasti menghasilkan 2.
• Perlu memahami gerakan Yahudi yang berperanan merosakkan dunia pada hari ini. Dari politik, ketenteraan, ekonomi, pemikiran, pendidikan & budaya.
• Banyak tulisan-tulisan Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah adalah reaksi balas terhadap penyelewengan fikrah yang mengancam pemikiran umat Islam. Jika kita banyak bergaul dengan kitab Syeikh Habannakah, kita akan faham betapa seriusnya beliau.
• Ahli sejarah menyatakan manusia akan menentang apa yang dia tidak ketahui. Justeru logiknya, kalau manusia kenal musuhnya pastilah dia lebih bersungguh menentang mereka kerana sudah tersingkap hakikat pertentangan.
• Silap jika kita secara semberono memahami kononnya, kita perlu sentiasa berkeras & menggunakan senjata apabila berdepan dengan musuh. Hakikat Islam sebagai pencerah. Justeru umat Islam sepatutnya menjadi ejen penyampai yang mampu berhujah.
• Umat hari ini ditimpa musibah tidak gemar membaca. Menyebabkan fikiran tidak berkembang dan tidak mampu berdepan dengan cabaran semasa. Ia amat memalukan jika dibandingkan dengan budaya membaca yang hidup dalam kalangan masyarakat Barat.
Memiliki dan bergaul dengan karya-karya Syeikh Abdul Rahman Habannakah adalah satu nikmat yang menakjubkan. Tadabburnya jelas.
Kupasannya terhadap topik ideologi teramat halus. Olahannya berkenaan permasalahan umat sangat realistik.
Semoga Allah merahmati Syeikh Habannakah.
No comments:
Post a Comment