Monday 19 August 2019

Amaran buat Umno dan Pas


Pada 14 September depan ikatan kasih antara UMNO, PAS akan berlangsung di KL. Luka lama antara kedua parti kembali terubat. 

Masing-masing insaf, muasabah bahawa perpecahan Melayu Islam menyebabkan Melayu terhakis kuasa, punya tanahair tapi tak punya tanah, punya mimpi tapi tak punya negara lagi kalau  syaitan dan puaka menjadi punahsihat dalam percaturan politik memburu kuasa.

Para pemimpin kedua pihak diingatkan jangan lidah berputar sama ligat dengan serban jatuh menjatuhkan antara satu dengan lain. 

Pegang pada tali Allah, berjuang membela rakyat, agama dan tanahair tercinta,  perangi hasat dengki, kerakusan dan korupsi yang menggoda.

Ingat, kalau kalian mungkir janji, gigit menggigit sama sendiri alamat Melayu Islam  hilang taring dan gigi hanya tinggal gusi di bumi bertuah ini.

Hari ini Melayu Islam dihina. Malaysia Baru melahirkan para puaka yang gila kuasa, meroyan menyalak langit, menjaja janji yang tak ditepati, melepas kentut busuk dihidu rakyat. 

Teringat pada peristiwa 13 Mei 1969. Si pendatang tiba-tiba menjadi helang di padang asing melanggar sempadan, gairah semangat hendak jadi Yang Dipertuan.

Kalau kamu bernama Melayu, bara semangat Islam kental, jiwa patriotis, pahlawan terbilang, gembeleng tenaga raksaksa Melayu kampung, Melayu bandar, Melayu pantai, Melayu gunung, Melayu miskin, Melayu kaya, benam perselisihan, bersatu tekad, membela  bangsa, agama dan tanahair tercinta.

Dalam perjuangan suci jangan bicara atas nama parti, taksub membuta tuli, tapi hidupsubur jatidiri, maruah Melayu Islam sejati. Ikatan kasih UMNO, PAS hilang kesaktiannya kalau tidak ada bulatan mufakat, Himpun rasa kasih rumpun Melayu Islam dengan parti-parti Melayu/Bumiputra lain, memperkasakan Melayu menghadapi cabaran gelombang dunia tanpa sempadan.

Belajar dari sejarah malang bangsa. Pilih barisan pemimpin terbilang dari berbagai bidang kehidupan, bina kekuatan baru, semangat baru, pengorbanan tanpa sempadan dengan ilmu bekalan dunia dan akhirat, agar Melayu Islam tidak merempat.

Kamu bangkit sebagai pahlawan. Cabar gelombang, tentang taufan. Jangan gentar masuk gelanggang. Tentang mereka yang lupa budi, menjadi tuan di tanah orang. Jangan kau tanam lalang mengharapkan padi. Tanamlah padi menguning emas di ibu pertiwi.

Yahaya Ismail

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...