Sunday 11 August 2019

Madam Coco Ibu Ayam Dari China


28.05.2019
BUKIT BINTANG
IPD DANG WANGI
BUKIT AMAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Dari New Zealand ke Australia dan pulang bercuti ke Malaysia,teringin untuk melihat ibukota Tanahair tercinta dalam Malaysia Baru.

Bukit Bintang antara lokasi yang sekian lama saya tidak kunjungi , banyak yang telah berubah,makanan di Jalan Alor tempat  berjamu selera makanan kegemaran pelbagai telah dimonopoli oleh warga asing dari Thai, Vietnam, Mynmar dan lain lain tidak boleh dikenal pasti kenegaraanya.

Harganya pulak bukan main mahal lagi, boleh mencecah beribu.

Sepusing sampai ke Jalan Bukit Bintang,tidak kurang antara 20 orang pelacur dari pelbagai negara membarisi sepanjang jalan tersebut . 

Amat tidak menyenangkan mata memandang ,malah ada yang agresif,menarik menarik sambil menunjukkan kad 'massage' yang tertera harga bagi setiap 'massage'.('Kad Massage' kononnya untuk mengaburi mata Anggota keselamatan dan orang awam)
Pelacur Yang paling ketara kelihatan ialah dari China, kami bertanya dengan salah seorang artis jalanan disana berkenan kegiatan maksiat disana yang tidak dibendung. 

Nampaknya China bukan saja ingin mengembangkan pengaruhnya secara ekonomi ,sekaligus AIDS ke negara ini.
En.Malik yang menjadi artis jalanan selama 5 tahun di Jalan Bukit Bintang merasakan keadaan di kawasan persekitaran amat membimbangkan, sehingga anak dan isteri beliau pun menjadi gangguan seksual oleh warga asing yang menyangka, mereka adalah pekerja terkutuk itu. Keselamatan, Kedaulatan dan Ketenteramam Awam tergugat disebabkan oleh anasir anasir asing ini.

Apabila ditanya siapakah dalang disebalik kegiatan maksiat dikawasan itu,beliau pada mulanya  enggan mengulas lanjut, takut akan keselamatan beliau dan keluarganya. 

Tetapi beliau akur apabila diberitahu saya cuma bercuti dan akan kembali ke New Zealand sehari dua ini.

Seorang Ibu Ayam dari China yang dikenali sebagai Madam Coco antara ibu ayam yang terkenal dikawasan itu,dikatakan telah 'berkahwin' dengan seorang Polis .Memiliki beberapa perniagaan, seperti SPA dan Pusat Massage dan sebuah Restoran Mee Tarik yang menjadi ibu pejabat beliau.

Madam Coco dilindungi oleh seorang 'KingMaker' bernama Tony ,katanya lagi,maksud Kingmaker disini ialah ,Tony akan menentukan siapa yang boleh beroperasi di Jalan Bukit Bintang, mengutip wang perlindungan dan menjadi orang perantaraan dengan Ibu/bapa Ayam dengan anggota Keselamatan dan anggota Penguatkuasa.

Dari apa yang diketahui,rezeki Haram Madam Coco boleh mencapai sehingga 20k sehari,inila menjadi perangsang kepada yang lain untuk menceburi perniagaan haram ini ,walaupun risikonya tinggi. Rasuah tidak menjadi hal,apabila pulangannya begitu lumayan.

Perasaan ingin tahu terjawab sedikit sebanyak, tetapi lebih banyak persoalan timbul selepas itu.

Bagaimankah perkara ini dibiarkan berlarutan oleh Pihak yang sepatutnya menjadi Pagar ?

Apakah Negara kita dijajah pada kali kedua dengan maksiat ?

Adakah pihak yang mampu membuat sesuatu ,merasakan maksiat di Bukit Bintang akan menjadi salah satu tarikan pelancung ?

Rasuah belum dibendung lagi,dengan usaha usaha kerajaan Baru ?

Rakyat Negara kita sendiri menjadi dalang untuk membinasakan negara ?

Operasi dilakukan untuk menenangkan keadaan apabila isu menjadi panas,mereka yang ditangkap biasanya didenda dan dihantar pulang,denda sebanyak 5-6k tidak menjadi masalah kepada ibu ayam seperti Madam Coco,penganti pelacur-pelacur ini akan tiba dalam masa seminggu.

Peranan Tony pulak semasa Operasi adalah mengenakan beberapa ibu atau bapa ayam untuk mejaga kredibiliti Ops dan memastikan yang lain seperti Madam Coco terlepas.

Ini adalah secubit dari seguni beras, masih banyak lagi perlu diceritakan tapi masa tidak mengizinkan.

Saya amat berharap lawatan saya pada tahun depan akan memperlihatkan sebuah Negara yang diimpikan oleh Tun Mahathir Mohamad.Negara yang Bersih tanpa Rasuah.

Sebuah Negara tanpa warga asing yang telah mengambil kesempatan dengan kewujudan sebuah kerajaan Kleptokrasi.
Saya pohon Kerajaan Pakatan Harapan membersihkan Negara dari anasir anasir asing yang telah menjadikan Malaysia sebagai lubuk maksiat mereka.

Malaysia Baru,Mentaliti Lama.

Copy paste dari fb Remo page

2 comments:

  1. Warga terlalu diberi muka oleh pihak berkuasa...
    Tidak hairan KL khasnya Bukit Bintang akan menjadi HatYai Malaysia..
    Jangan tunggu bala Dari Allah baru nak beringat..!

    ReplyDelete
  2. kalau nak tahu Harga Ayam Sekilo boleh semakan dekat sini ya, kami sentiasa update anda utk dapatkan harga yang teradil.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...