Saturday 3 August 2019

Apakah akhirnya nasib Anwar?


Cengkaman anwar dilihat semakin longgar. Semakin kuat orang2 kuat anwar berbunyi semakin menyusut keyakinan rakyat kepada kredibiliti anwar sebagai calon PM.

Sehingga hari ini rakyat melihat cuma dap sahaja yang masih maintain berjuang untuk kelompok mereka manakala parti melayu dilihat berebut kuasa dan tidak berjuang untuk orang melayu dan islam.

Dap hanya perlu membuka kad joker nya sahaja untuk menentukan keputusan kerajaan.

Namun pas dan umno dilihat agak matang dalam permainan politik apabila dengan sengaja memberi sokongan padu kepada Tun untuk terus kekal sebagai perdana memteri sehingga habis penggal.

Ini membuatkan kekuatan Tun menjadi seimbang dan sukar untuk diugut oleh Dap.
Dengan sokongan sampingan daripada Azmin Ali pula memberikan kelebihan kepada Tun sebagai perdana menteri.

Nampaknya last kad terletak di tangan Tun...

Dan ini menyukarkan anwar untuk merampas kuasa dengan cepat malah Dap dan Amanah dilihat begitu berhati hati dalam memberikan komen.

Dengan bilangan sokongan yang sediada ini belum cukup membuatkan anwar yakin untuk merampas kuasa walaupun dengan sokongan  zahid hamidi dan nazri aziz.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...