DILEMA MELAYU
SIRI 1077
MELAYU BERGABUNG
BAWAH TUN M
Jangan terkejut beruk kalau semua parti politik Melayu/Bumiputra dibawah satu bumbung, dan Tun M jadi pemimpinnya. Hasil risikan dari beberapa pemimpin berbagai parti politik Melayu mereka bersetuju di bawah satu bumbung, dan Tun M jadi presiden merangkap PM.
Reaksi yang menggalakkan ini tercetus bila DAP, PKR dan berbagai organisasi bukan Melayu cuba menggugat kepimpinan Tun M. DAP dan PKR menjadi besar kepala, besar nafsu serakah hendak menguasai kerajaan PH, menyingkirkan Tun M supaya ajenda 'Malaysian Malaysia' dan LGBT bebas diamalkan.
Sekarang orang Melayu/Bumiputra panik kerana mereka menentang DAP dan PKR yang dikuasai homosek kelas antarabangsa yang dilaknati Allah. Ada pihak harap Tun M mati cepat supaya peliwat dengan mudah, tanpa halangan, jadi PM ke8. DAP dan PKR kini mabuk kuasa, dan menjadi semakin gelojoh untuk menyingkirkan Mahathir.
DAP dan PKR sudah ada ikatan batin untuk berkongsi kuasa. Jangan terkejut beruk kalau peliwat jadi PM dan TPM mungkin Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng. Macai-maca, dan badut-badut yang mengipas pemimpin-pemimpin ini akan dilantik sebagai menteri kelak.
Besar kemungkinan semua parti politik Melayu/Bumiputra mahu bergabung bawah pimpinan Tun M. Mereka berpendapat Tun M mendapat sokongan majoriti orang Melayu/Bumiputra untuk menjamin hak dan kepentingan mereka kekal diabadikan dalam perlembagaan negara.
Besar kemungkinan Majlis Raja-raja Melayu akan menyokong gabungan parti-parti politik Melayu yang mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan hak-hak Melayu/Bumiputra. Pihak istana juga maklum kalau DAP dan PKR berkuasa besar kemungkinan masa depan institusi Raja Melayu akan terancam.
Waktu MacMichael, pesuruhjaya British, berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu menandatangani 'Malayan Union;' menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British orang Melayu menentang 'Malayan Union' dan menyelamatkan raja-raja Melayu dari menjadi 'hamba' Raja British. Ini berlaku pada tahun 1946. Cina dan India serta Benggali tidak terlibat dalam tunjuk perasaan ini. Hanya orang Melayu menyelamatkan raja mereka.
Kali ini, kata beberapa orang pemimpin Melayu dari beberapa parti politik Melayu, menjadi tanggungjawab raja-raja Melayu menyokong perjuangan orang Melayu/Bumiputra mempertahankan kuasa politik Melayu/Bumiputra yang tergugat sekarang. Menjadi tanggungjawab moral dan agama bagi semua umat Islam menyokong gabungan parti-parti politik Melayu/Bumiputra nanti.
Yahaya Ismail
No comments:
Post a Comment