Monday 26 August 2019

Malaysia jangan tunduk pada tuntutan dan fikiran nafsu penjenayah!

BUKAN sekali dua, bahkan acap kali didapati media perdana, termasuk yang pro-Islam yang mempromosikan ajaran al-Quran melayan nafsu penjenayah yang pernah disabitkan mahkamah kerana jenayah memukul Anwar Ibrahim yang ditutup matanya hingga pengsan dan berminggu matanya lebam.

Penjenayah itu menjaga undang-undang tetapi tidak menggunakan undang-undang terhadap Anwar bahkan menghukumnya dengan nafsu. Mahkamah telah menghukumnya sebagai penjenayah, dan hukuman itu mengeluarkannya dari orang-orang mulia.

Jika media melayan pandangannya adalah melayan pandangan nafsu. Media berpahala tetapi memuliakan fikiran nafsu penjenayah mencacatkan pahalanya.

Terakhir ketika Islam di Malaysia berdepan dengan cabaran paling getir atas isu Dr. Zakir Naik, media membesar fikiran nafsi penjenayah itu supaya Dr. Zakir diusir, serahkan kepada negara yang memburunya dan menempelak umat Islam menyambutnya sebagai tetamu dihormati seolah-olah kita tidak ada ulama dan ahli ilmu hingga menggunakan pakar asing.

Pakar Islam lahir di benua mana dan dari kabilah mana adalah milik Islam. Dia bukan orang asing. 

Kita tidak lihat Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali sebagai Arab Quraisy tetapi mereka kepunyaan Islam seluruhnya. Yang mengira Zakir pakar asing adalah fikiran asing bagi orang Islam yang diselaputi nafsu jenayahnya.

Mengapa kita dulu selalu mengundang Buya Hamka? Tidak adakah ulama kita sendiri? 

Tunku dan Tun Razak selalu mengundang ulama luar untuk muslihat tertentu sedang kita sendiri ramai ulama. Hamka tidak dilihat sebagai orang Indonesia, tetapi beliau ada kelebihan tertentu. 

Malaysia acap memanggil Bill Gate dan teknologis Jepun untuk berkongsi pengalaman demi kemajuan kita.

Nafsu penjenayah mahu Dr. Zakir dihantar pulang untuk menghadapi tuduhan terhadapnya. Kononnya dia sanggup buat, dia mesti tanggung sendiri. Menghantarnya pulang menyerahkan kepada keadilan nafsu. Dia tidak dapat adil. 

Samalah seperti menyerahkan Nabi Musa kepada Firaun. Nabi Musa pernah membela kaumnya berbalah dengan seorang Kibti. Ditumbuknya si Kibti lalu mati. Baginda dikehendaki oleh mahkamah Firaun. 

Mahkamah Firaun menjalan hukum nafsu. Musa tidak akan dapat keadilan.
Nabi Musa melarikan diri ke Madyan mendapatkan perlindungan dari Nabi Syuaib. 

Musa dikira salah kerana membunuh dengan satu tumbuk. Nabi Syuaib melindunginya, tidak menyerahkannya kepada Firaun.

Kerana dakwahnya Nabi Muhammad SAW menghadapi tekanan di Mekah. Antara tindakan mengurangkan tekanan baginda mengirim Jaafar Abu Talib dan pasukannya hijrah ke Habsah. 

Musyrikin Quraisy menghantar wakil minta Raja Najasyi memulangkan mereka kerana mereka dikatakan banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat Mekah.

Najasyi beragama Nasara enggan menunaikan tuntutan sama seperti kerajaan Islam Malaysia sebelum ini enggan menunaikan tuntutan India memulangkan Zakir Naik. 

Jika Nasara Najasyi enggan memulang pelarian Islam yang datang minta perlindungan, maka mengapa kerajaan pro-Islam Malaysia tidak boleh melindungi Zakir.

Nabi Muhammad diancam bunuh di Mekah. Baginda SAW tidak menyerah untuk diadili nafsu Quraisy. 

Allah mengarahkan baginda SAW hijrah ke Madinah. Nabi SAW itu sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Dalam keadaan demikian melarikan diri dari keadilan nafsu adalah pilihan.

Nabi Musa memilih lari ke Madyan, Baginda Rasul memilih hijrah ke Madinah. Zakir bukan nabi seperti Musa dan Muhammad SAW. 

Musa AS disambut dan dilindungi di Madyan, Nabi Muhammad SAW disambut dan dilindungi di Madinah, mengapa Malaysia tidak boleh belajar dari sejarah melindungi Zakir sedang Allah muliakan Malaysia dengan Islam sebagai agama umat?

Subky Latif

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...