Saturday 31 August 2019

MELAYU DAP PUTRAJAYA KECAM DR P RAMASAMY DAN BELA DR ZAKIR NAIK

Baru pagi tadi saya menanyakan sama ada akan ada Melayu DAP yang akan mengecam Dr P Ramasamy, petang ini Setiausaha DAP Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria, tiba-tiba seolah-olah menyahutnya dengan mengeluarkan kenyataan media yang bukan sahaja mengecam Dr P Ramasamy, malah membela Dr Zakir Naik yang bukan sahaja dimusuhi oleh Dr P Ramasamy, tetapi juga yang didesak diambil tindakan dalam mesyuarat kabinet oleh M Kula Segaran dan Gobind Singh.

Tidak dinafikan bahawa Mohamad Nazir Zakaria hanyalah umpama "ikan bilis" dalam "lautan" DAP, tanpa apa-apa jawatan di peringkat Negeri mahu pun Pusat.

Sementara saya boleh tabik dengan keberanian Mohamad Nazir Zakaria, kita perlu tunggu apakah Dr P Ramasamy yang akan dinasihati oleh DAP Pusat atas sikap perkaumannya ataukah Mohamad Nazir Zakaria sendiri yang akan dinasihati atau diambil tindakan oleh DAP Pusat atas keberaniannya ini.

Nampak gayanya, berdasarkan kenyataan-kenyataan media beliau, Mohamad Nazir Zakaria seperti akan menjadi "melukut di tepi gantang" malah mungkin sahaja tidak akan mampu bertahan lama di dalam DAP.
Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku ke atas beliau nanti.

KENYATAAN AKHBAR DAP PUTRAJAYA
RESPON KENYATAAN TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG P RAMASAMY
ISU: MEMPERSOAL PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR DAN MENTERI BELIA DAN SUKAN SYED SADDIQ TERHADAP DR ZAKIR NAIK

DAP Putrajaya mengambil sikap jalan "Malaysia Baru" yang dibawa oleh Tun M di mana Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India. Sebagai Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq haruslah mengambil sikap senada dengan PM. Sikap ini seharusnya diambil sama oleh P Ramasamy sebagai anggota kerajaan.

P Ramasamy seharus tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan seharusnya beliau mewakili semua bangsa di Malaysia.

Hasil kajian dan penilaian DAP Putrajaya berpendapat Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghina mana-mana bangsa atau agama rakyat Malaysia. Setiap kemunculannya di khalayak, beliau hanya menyatakan fakta tertulis sama ada dari kitab mana-mana agama yang original.

Sikap yang diambil oleh P Ramasamy boleh membuatkan sokongan rakyat terhadap PH terutama beragama Islam di Pulau Pinang dan seluruh negara akan berkurangan. 

P Ramasamy mesti membawa ideologi Malaysia Baru yang diperkenalkan oleh PH.
DAP Putrajaya menggesa DAP Pusat menasihati P Ramasamy berhati-hati dan tidak lagi bersikap perkauman. Profesional dalam bertindak terhadap debat yang berpegang kepada fakta dari originaliti.

*"Malaysia negara kita bersama manakala India adalah negara luar jelas tidak berlaku adil."*

Mohamad Nazir Zakaria
Setiausaha DAP Putrajaya


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...