ISU KAUM KIAN NAZAK TAPI APA PENYELESAIANNYA?
Daripada pengamatan umum, nampaknya isu-isu melibatkan kaum semakin nazak namun ketika yang sama tidak ada petunjuk jelas ianya ditangani dengan serius dan efektif.
Ada jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab secara langsung umpama melukut di tepi gantang. Ada tidak bertambah, tak ada pun tidak berkurang.
Saya semak di laman sesawang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri, bukan main gah masing-masing.
Yang anehnya, daripada menteri hingga ke pemandu hampir semua kaum India kecuali Setiausaha Politik beliau Melayu. Setiausaha Sulit Kanan, 3 orang Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit, Pengawal Pengiring dan 2 orang pemandu semua India.
Yang Melayu hanya kakitangan awam seperti kerani dan sebagainya yang merupakan lantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Jika struktur organisasi sendiri sudah menunjukkan dominasi kaum, tak perlu bicara soal perpaduan kaum. Buktikan pada masyarakat apa peranan yang telah dijalankan oleh menteri dan jabatan di bawah tanggungjawab beliau samada di peringkat pusat mahupun negeri selama ini.
Rakyat perlu diterangkan tentang bahaya isu kaum yang dibakar dan dikipas setiap masa bagaikan satay kajang. Pengalaman saya dahulu ketika dalam Cawangan Khas membuat saya jadi keliru kenapa situasi seperti ini tidak diberi perhatian khusus.
Ketika itu jika ada pergaduhan melibatkan pelajar sekolah berlainan kaum di mana selain dari bertugas dalam Cawangan Khas, saya juga menjadi pegawai perhubungan sekolah yang lebih diketahui sebagai bapa angkat sekolah, seberapa pantas akan mengatur perjumpaan kedua-dua ibu-bapa atau penjaga pelajar terbabit.
Ketika itu jika ada pergaduhan melibatkan pelajar sekolah berlainan kaum di mana selain dari bertugas dalam Cawangan Khas, saya juga menjadi pegawai perhubungan sekolah yang lebih diketahui sebagai bapa angkat sekolah, seberapa pantas akan mengatur perjumpaan kedua-dua ibu-bapa atau penjaga pelajar terbabit.
Usaha meredakan isu ini disertai juga pengetua, penolong kanan dan guru disiplin. Ibu-bapa dan penjaga dinasihatkan mengawal tingkah-laku anak-anak bagi mengelakkan digantung sekolah atau dibuang.
Dalam tempoh seminggu atau seterusnya pemantauan dibuat jika ada tanda-tanda akan merebak pergaduhan tersebut. Anggota Cawangan Khas ditempatkan di sekolah terbabit untuk memantau dan melaporkan keadaan jika ada yang menunjukkan kemungkinan merebak pergaduhan.
Sekiranya kes melibatkan penduduk kampong, JKKK, semua yang terlibat akan dipanggil mengadakan perjumpaan sepantas mungkin untuk selesaikannya. Bagi kes-kes pergaduhan melibatkan berlainan kaum samada yang dibuat laporan polis atau tidak akan diambil tindakan segera menyelesaikannya.
Kebanyakan kes bukannya berpunca daripada sentimen perkauman.
Alasan salah faham seperti yang sering digunakan oleh pihak akhbar atau media adalah tak masuk akal. Kes dengan jelas pekerja Melayu dan majikan Cina tidak bayar gaji bergaduh bukannya berpunca dari isu kaum. Jika pekerja Melayu dan majikan Melayu tak bayar gaji pun bergaduh juga.
Ada satu kes seorang lelaki Melayu pukul lelaki India yang menjadi kes polis dimajukan ke pejabat saya dan setelah ditemubual ianya berpunca dari kes lelaki India tersebut meraba punggung isteri lelaki Melayu yang bertindak memukul lelaki India tersebut. Jika lelaki Melayu raba punggung isteri lelaki Melayu pun kena hentam juga.
Sampai bila masyrakat diperalatkan hanya atas nama perbezaan kaum. Sudah berpuluh tahun merdeka dan tinggal bersama-sama samada Melayu, Cina, India, Siam, Kadazan, Iban, Sikh dan sebagainya apakah masih belum cukup matang untuk berkompromi? Masalah sebenar adalah berpunca dari kepentingan politik pihak-pihak tertentu.
Jika hal kecil pun diheret ke mahkamah menggunakan Akta Hasutan, kenapa dalam kes seperti ini dianggap remeh? Waytha Moorthy Ponnusamy sila bangun dari tidur bersama gerombolan pembantu yang begitu ramai kaum India dan lakukan apa yang sepatutnya kamu lakukan. Jangan hanya menjadi opportunis kaum sendiri dan hanya muncul seperti belukang apabila nampak taik timbul di permukaan air.
Gaji dan keistimewaan yang kamu bedal bukan sedikit dan jangan ingat rakyat buta dan pekak atas tingkah laku kamu. Membiarkan semua beban dan masalah perlu diselesaikan Perdana Menteri, lebih baik kamu undur diri dari menjadi liabiliti kepada kabinet dan seluruh rakyat negara ini. Habuan kamu tibai, kerja macam hampas.
Agensi keselamatan juga diharapkan lebih tegas dalam menangani isu-isu yang dianggap perkauman kerana isu tidak berpunca daripada perkauman juga sekarang diheret untuk menjadi isu kaum yang akhirnya menggoyah kestabilan politik, ekonomi dan juga keselamatan rakyat.
Ingat pesan allahyarham Tun Abdul Razak bekas Perdana Menteri, “Kita pegawai kerajaan adalah hamba yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat dan bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi”
By: Sani Ahmad
No comments:
Post a Comment