Thursday, 29 August 2019

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS)

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap mereka lima tahun lalu.

Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu.

“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang Syariah berada di bawa bidang kuasa negeri,” katanya.

Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa bahawa SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam pada 17 Julai 2014.

Fatwa berkenaan kemudiannya digazetkan pada 31 Julai tahun sama.

1 comment:

  1. Sisters in Islam, patutnya tahu hukum hakam dalam Islam, bukan suka suka mencabar pihak berkuasa Agama Negeri Selangor. Amat memalukan.

    ReplyDelete