1. Imam Al-Ghazali pernah memberi amaran: agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan. Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung. Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.
2. Allah s.w.t. juga memberi ingatan keras dalam tiga surah berikut: ‘Surah As-Saff ayat 9: Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.
3. Surah Al-Fath ayat 28: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu)’.
4. Surah At-Taubah ayat 33: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.
5. Kontroversi serangan ke atas pendakwah perbandingan agama terkemuka iaitu Dr. Zakir Naik membawa seribu satu hikmah di bumi Malaysia.
6. Dalam keadaan rejim di seluruh dunia berusaha untuk menindas umat Islam – seperti rejim pelampau Hindu di Kashmir, rejim junta tentera dan pengganas Buddha Myanmar ke atas umat Islam Rohingya, rejim komunis China ke atas umat Islam Uighur di Xinjiang, dan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin – kontroversi Dr. Zakir Naik sebaliknya membangkitkan arus kuasa Islam di Malaysia ke segenap pelosok warga.
7. Bangkitnya umat Islam Malaysia mempertahankan dakwah Dr. Zakir Naik bukan sahaja diterajui parti politik seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO, bahkan juga didukung kuat oleh para Mufti dan pendakwah muda dan badan bukan kerajaan.
8. Paling membanggakan kita tentulah keberanian para pendakwah muda seperti saudara Firdaus Wong Wai Hung (Multiracial Reverted Muslims), Dr. Kamilin Jamilin (pakar kajian Hadis), dan juga saudara Yusuf Azmi (Pertubuhan Pengguna Semboyan 1Malaysia) yang tidak gentar dengan gerakan anti-dakwah Dr. Zakir Naik – meski pun menyedari betapa sebahagian daripada pembenci tersebut memegang kuasa yang bukan sedikit dalam kerajaan.
9. Hakikat ini cukup jelas kerana meski pun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang penceramah dari India, Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya, namun suara-suara sumbang yang bencikan dakwah Islamiah Dr. Zakir Naik tetap terus bergema.
10. Tun Dr. Mahathir sendiri bahkan menegaskan beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti: “Masalahnya sekarang (untuk hantar Zakir pulang) kita bimbang beliau akan dibunuh”.
11. Sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendekatan Dr. Zakir Naik dan mendakwa Dr. Zakir Naik memberi masalah: “kita nak tolong dia tapi dia beri masalah pula”.
12. Pendirian Anwar Ibrahim ini selari dengan desakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang mendesak agar Dr. Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia dan dihantar balik ke India.
13. Pendirian sebegini turut disokong oleh Menteri Agama Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Wanita Parti Amanah Negara Dr. Siti Mariah Mahmud.
14. Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa: “Kalau tanya saya, saya kira cara pemyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia. Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain. Tetapi kita perlukan kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain”.
15. Kenyataan Menteri Agama ini tentulah berpunca daripada fahaman salah yang beliau pegang tentang ‘Hifz-ad-Din’ iaitu ‘menjaga SEMUA agama’ sedangkan ijmak (kesepakatan) para Ulama muktabar jelas mengatakan bahawa konsep berkenaan HANYA bertujuan melindungi agama Islam.
16. Menteri Agama seolah-olah apologetik dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan susulan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971:
"Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini".
17. Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim antara yang terkehadapan mencadangkan Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan dialog dan pertemuan secara harmoni dengan Dr Zakir Naik sebelum membuat sebarang dakwaan.
18. Beliau berkata, dakwaan Mujahid bahawa kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai kerana menggunakan perdebatan yang mencaci agama lain perlu diiringi dengan bukti yang kukuh secara objektif.
19. Menurut beliau: “Selalunya Dr Zakir akan mendahulukan orang bukan Islam untuk bertanya mengenai Islam, majlis beliau (Dr Zakir) beri peluang kepada orang bukan Islam untuk memahami Islam.
20. Dr. Siti Mariah yang juga ADUN Sri Serdang pula mendakwa, negara kita mempunyai ramai pendakwah yang uruf dan waqi: “Apakah lumpuh dakwah di negara kita tanpa seorang pendawkah yang kontroversi ini. Pergilah bersuaka di negara Islam lain. Kita masih boleh mengikuti dakwahnya di YouTube”.
21. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, Mujahid Yusof, dan Siti Mariah yang apologetik, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebaliknya berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam melindungi Dr. Zakir Naik.
22. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terkehadapan dalam mempertahankan dakwah Dr. Zakir Naik dengan menegaskan bahawa terdapat tiga asas penting yang perlu dihormati dan diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah pihak berkuasa, parti politik, NGO dan pengamal media, serta Dr. Zakir Naik sendiri, bagi menjernihkan keadaan iaitu:
“Pertama, budaya debat dan dialog adalah ruang demokrasi yang perlu dihormati: Semua pihak perlu bersedia untuk bersemuka dan berdialog secara ilmiah dan berhikmah, demi mencari ‘kebenaran dan kebersamaan’. Pihak RTM dan kerajaan Negeri wajar memberikan ruang supaya budaya dialog ini dapat disuburkan, sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan tempoh hari”.
“Kedua, perpaduan masyarakat majmuk adalah kerukunan hidup yang perlu dipelihara: Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama dalam negara. Siasatan juga perlu dilakukan terhadap pemimpin politik dan pengamal media yang menjadi ‘makhluk perosak’ yang mencetuskan kegelisahan ini. PAS dan pendukung DHPP sentiasa komited membela perpaduan kaum di negara ini, dan terbuka untuk berdialog dengan semua pihak di atas prinsip kebenaran”.
“Ketiga, jaminan keselamatan yang perlu dijaga tanpa mengira agama dan bangsa, sebagaimana yang terkandung di dalam Surah At-Taubah ayat 6”.
23. Pendirian Presiden PAS turut diterjemah secara tidak langsung melalui program Himpunan Tiga Menteri Besar Pantai Timur di Terengganu semalam. Program tersebut menyaksikan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar, Menteri Besar Terengganu dan YAB Dato’ Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang berkongsi pentas menegaskan mesej berikut:
“Perpaduan dan kesatuan mestilah meletakkan agenda Islam sebagai keutamaan. Ini kerana apabila meletakkan Islam sebagai keutamaan barulah wujudnya nikmat kesatuan”.
“Pertalian atas tali keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat yang saling tolong menolong diantara satu sama lain”.
“Umat Islam perlu mengambil pengajaran daripada pembentukan Kerajaan Islam Madinah yang berteraskan Sahifah Madinah yang mengutamakan Keadilan Untuk Semua Rakyat hidup dalam harmoni tanpa ada perbezaan walau pun berlainan agama dan kepercayaan”.
24. Saudara Firdaus Wong Wai Hung dari Multiracial Reverted Muslims (MRM) pula secara realistik menjentik pihak-pihak yang apologetik:
“Dakwah yang mengikuti cara Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam pastinya akan menjadikan mad’u (prospek dakwah) kita merasa tidak selesa. Tidak selesa dengan kekufuran dan pegangan mereka. Kemudian diterjemahkan menjadi kemarahan kerana pegangan selama ini tergugat dengan hujah mantap dan logikal. Kalau mad’u merasa selesa maksudnya kita sekadar mengajak kepada yang baik tetapi tidak mencegah yang mungkar. Syirik dan kemaksiatan yang lain”.
25. Beliau turut menyerang balas: “Bila nak usir Kula Segaran yang mengatakan Melayu adalah bangsa pendatang? Bila pula mahu mengusir Koon Yew Yin yang menghina tentera kita? Bila pula nak usir Lee Kim Yew yang menghina jalur gemilang? Bila pula nak usir Waythamoorthy yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara?”
26. Rakyat Malaysia boleh membantu menyokong usaha dakwah & kebajikan saudara Firdaus Wong dengan menyalurkan sumbangan dan zakat ke akaun-akaun berikut:
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor: 5648 1052 0353.
AFFIN ISLAMIC
Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims: 1065 8000 9580.
CIMB ISLAMIC
Mrm Consultancy and Services: 8600 38 9006.
BANK RAKYAT
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims: 1109 6100 1084
27. Dr. Kamilin Jamilin pula secara terbuka membuat kenyataan berikut:
“Hari ini kita menyaksikan seorang tokoh pendakwah terkenal telah berjaya ditutup mulutnya dari pentas terbuka negara. Betapa sedihnya kita yang mengenali beliau dan betapa gembiranya mereka yang memusuhi beliau. Hari ini kita sedar, betapa sukarnya tugas menyeru manusia ke jalan Allah & Rasul. Betapa sukarnya melakukan dakwah tauhid berbanding dakwah akhlak. Hari ini kita faham, dakwah yang berkonsep menyingkap kebatilan itu lebih sukar dari menyeru ke arah kebenaran. Betapa sukarnya mencegah kemunkaran itu berbanding menyuruh kemakrufan. Saya yakin dugaan ini barangkali ringan sahaja bagi DZN yang masih memiliki pentas lain dalam menyampaikan dakwah, dan beliau tidak akan sesekali berhenti selagi nyawa tidak terpisah”.
28. Semoga akan lebih ramai lagi para ilmuwan dan pendakwah muda dari pelbagai latar bidang lahir untuk menegakkan kuasa Islam di bumi Malaysia seperti mana Dr. Kamilin, saudara Firdaus Wong, dan juga Yusuf Azmi.
29. Hakikatnya, gelombang raksasa kehadiran di Program pidato Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada 9 Ogos lalu – yang dihadiri oleh lebih daripada 70,000 orang – serta kehadiran ribuan warga Pantai Timur ke Himpunan Tiga Menteri Besar di Terengganu semalam membuktikan ingatan Allah s.w.t.
“Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut mereka, Allah tetap menyempurnakan cahaya Islam ini walaupun dibenci oleh musuh-musuhnya.” (Surah As-Saff: 8)
“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)” (Surah Ali Imran: 54).
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments:
Post a Comment