Sunday 2 June 2019

Apakah kesudahan episod politik malaysia?

Kengkadang dalam kehidupan kita selalu datang secara terbalik.

Orang yang paling teruk di ejek tiba tiba orang itu juga yang berjaya naik... 

Dulu ramai yang mengejek Tun sebagai orang tua nyanyuk yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan akhirnya kita lihat beliau berjaya.

Mungkin juga selepas ini orang yang terlalu teruk di ejek juga akan menjadi Perdana Menteri.

Saya berpendapat budaya mengejek ini perlu dihentikan kerana ia akan menjadi dendam para pengikutnya apabila calon itu menjadi perdana menteri nanti.

Itulah kesannya yang kita sedang hadapi hari ini apabila ramai yang mahu membalas dendam terhadap umno kerana penyokong umno terlalu kuat mengejek dahulu.

Dan akhirnya bangsa ini tidak boleh disatukan walaupun sedang menghadapi musibah gara gara hati yang terlalu kuat berdendam.

Bangsa melayu kini sudah terbahagi kepada terlalu banyak kumpulan. Masing masing kumpulan terlalu taksub kepada ikon masing masing.

Ketaksuban melampau ini melebihi kasih mereka kepada sesama bangsa dan agama.

Saya khuatir seandainya kesemua ikon ikon otai ini sudah tiada nanti, apa agaknya manifesto para pengikutnya...?

Yang pastinya mereka akan terus menjual nama arwah arwah ini untuk mendapat pengaruh.

Rakyat menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini adalah kerana mereka tidak dapat melihat  contoh yang baik.

Rakyat sering disajikan dengan episod perbalahan diantara pemimpin hinggakan para pengikutnya turut campur tangan demi mempertahankan ikon mereka.

Perkara ini semakin lama semakin meresap kedalam jiwa mereka hinggakan mereka berpendapat mempertahankan susuk tubuh pemimpin adalah satu perjuangan.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...