Pernah suatu ketika seorang yang amat berkuasa telah berkata beliau akan menyusahkan hidup rakyat yang tidak mahu mengambil beksin.
Begitu cepat masa berlalu dan akhirnya Allah membalikkan niat jahatnya dengan mendapat kesusahan dari partinya sendiri.
Hidup orang politik yang tidak berparti agak menyesakkan juga sebagai mana hidup rakyat yang tiada sijil beksin suatu ketika dahulu.
Satu persatu Allah makbulkan doa orang orang yang teraniaya.
Sekiranya perikatan nasional tidak menzalimi rakyat dengan memaksa rakyat mengambil beksin dahulu mungkin doa yang baik baik dari rakyat akan ditadahkan.
Moga ini menjadi satu iktibar kepada pakatan harapan. Ini kerana kerajaan pakatan harapan tertubuh kerana bernasib baik dan ada sedikit sebanyak kebijaksanaan dalam mengawal pihak istana.
Sekiranya kerajaan mahu bertahan lama maka ada baiknya mereka menumpukan perhatian kepada menjaga kebajikan rakyat.
Terlalu banyak berpolitiking hanya membuatkan rakyat semakin meluat sepertimana dizaman umnobarisannasional memerintah dahulu.
No comments:
Post a Comment