Kejadian yang berlaku didalam program nothing to hide 2 semalam menjadi satu petunjuk jelas bahawa umno tidak sama sekali akan menerima kekalahan pada pru akan datang ini.
Peringkat mula lagi mereka mahu menghalang rakyat daripada menyokong Tun. Strategi menakut nakutkan rakyat dengan perbagai ugutan dan semalam adalah klimaks nya apabila beberapa orang anak muda di upah untuk mencemarkan program tersebut.
Agak ganjil anak muda yang berumur bawah 20 tahun boleh begitu berminat dengan isu memali dan kes liwat anwar ibrahim.
Masyarakat amat faham bahawa trend anak muda bukanlah begitu berminat dengan politik, terutama anak muda yang keciciran didalam pelajaran.
Apabila ada anak muda yang melakukan tindakan liar dengan membaling kasut, kerusi dan botol mineral kepada Tun Mahathir hanya kerana isu memali maka ia dilihat sebagai berniat mahu melakukan kekecohan bagi menutup isu Perdana Menteri yang telah di malukan dengan insiden David Teoh yang telah di tampar oleh Mat Over didalam majlis di kediaman Perdana Menteri.
Membaling kasut boleh lagi dikatakan sebagai tindakan biadap namun apabila membaling kerusi dan suar maka ia adalah satu tindakan extremis yang boleh mendatangkan maut.
Tun Mahathir sudah terlalu lanjut usianya. Dengan hanya satu kerusi menimpa keatasnya sudah boleh mendatangkan keceraan yang parah. Malah asap suar juga boleh membuatkan Tun sesak nafas dan maut.
Saya beranggapan tindakan itu adalah satu cubaan untuk membunuh Tun.
Kita amat mengharapkan pihak polis melakukan penyiasatan dan menangkap mereka yang menjadi dalang dibelakang tindakan anak muda tersebut.
Pihak umno masih cuba mahu spin cerita dengan mengatakan anak anak muda yang melakukan provokasi semalam adalah penyokong reformis pakatan rakyat penyokong extreme Anwar Ibrahim.
Mereka juga menuduh kejadian semalam adalah strategi Tun untuk meraih simpati rakyat.
Namun begitu Tun bukanlah jenis manusia seperti najib yang melakukan drama untuk meraih simpati.
Tun hadir ke majlis tersebut atas jemputan pihak Armada untuk menjawab segala persoalan dari yang hendak ditanyakan.
Tun telah menjawab dan mereka sudah mati akal kerana tidak ada idea lagi untuk mematahkan hujah Tun.
Cara terakhir mereka ialah melakukan keganasan dengan harapan boleh menjatuhkan imej Pakatan Harapan yang kononya program tersebut berlaku kekecohan.
Tun sendiri sudah melalui banyak program dan soalan soalan seperti itu sudah banyak dihadapi namun tiada langsung berlaku kejadian yang tidak diingini.
Persoalannya kenapa semalam ia berlaku?
Jawapannya mudah...ia berlaku kerana mahu menutup malu najib yang takut untuk hadir ke majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment