Friday, 2 April 2021

UMNO akan mengganas sekiranya berkuasa

Melihatkan kepada ucapan para perwakilan dan pemimpin umno tempohari didalam PAU rata rata kita dapat rumuskan mereka didalam keadaan marah dan sanggup membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Mereka menyerang sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka walaupun rakan rakan didalam parti mereka sendiri.

Malah nada mahu membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka pada PRU lepas juga jelas kelihatan.

Ini benar benar menakutkan pengundi untuk berpatah balik kepada UMNO walaupun mereka sudah meluat kepada PH.

Nampaknya Umno tidak boleh diberi kuasa kerana sifat pendendam mereka begitu menebal dan tidak pernah mahu mengaku kesalahan sendiri yang menyebabkan mereka kehilangan kuasa.

Sikap suka menyalahkan orang lain dan menyerang orang keliling yang tidak bersependapat dengan mereka adalah sikap buruk yang bakal menjauhkan rakyat dari umno.

Nampaknya teori RAHMAN yang mengatakan najib adalah pemimpin terakhir dari umno semakin menjadi kenyataan.

Umno tidak boleh dibenarkan bangkit kerana mereka akan mengganas dan menghukum semua orang yang pernah tidak menyokong mereka.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...