Wednesday, 8 December 2021

Najib Kekal Bersalah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib Razak membabitkan kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah pada Julai tahun lepas.

Najib, 68, adalah bekas Perdana Menteri pertama di negara ini yang dikenakan pertuduhan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.

Source



No comments:

Post a Comment