Malah sudah kedengaran cakap cakap besar pemimpin pemimpin umno di peringkat bahagian dan cawangan diserata negara yang begitu yakin sekiranya parlimen dibubarkan hari ini pasti BN akan menang besar sebagaimana PRN Melaka.
Riuh rendah gelak ketawa orang orang BN keseronokan di serata negeri. Tak kurang juga yang mengandalkan kemenangan tersebut adalah kerana sentuhan Najib Razak yang rajin berulang alik ke Melaka sepanjang tempoh berkempen.
Manakala di kem PH pula dikabarkan penyokong penyokong mereka sudah mula berbisik bisik menyalahkan presiden PKR yang dikatakan tidak cerdik dalam mengatur strategi. Mereka membandingkan kehebatan Mahathir semasa PRU lepas yang dilihat bijak menyusun strategi berbanding Anwar Ibrahim.
Tak kurang juga yang berkata PKR lebih kuat dan gagah semasa Anwar di dalam penjara berbanding selepas Anwar keluar penjara.
Ada juga yang berbisik bisik menyarankan agar Anwar melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti dan digantikan dengan Rafizi yang terbukti lebih bijak dan lebih tersusun gerak kerjanya.
Tidak ketinggalan juga di kem Perikatan Nasional keadaan begitu muram kerana mengalami kekalahan teruk. Kegagalan memberi saingan kepada parti BN dan PH telah membuktikan Perikatan Nasional tidak mampu untuk bersaing pada PRU akan datang.
Malah Presiden Bersatu tidak mempunyai sebarang pengaruh di dalam dunia politik negara. Ramai yang mula sedar rupa rupanya parti Bersatu langsung tidak mempunyai kekuatan dan strategi Umno membuang Bersatu adalah tepat dan bijak. Malah keputusan itu juga menampakkan betapa bodohnya Muhyidin yang begitu mudah diperbodohkan oleh Umno. Sudah pasti orang yang paling besar ketawanya adalah Mahathir.
Namun begitu Umno masih tidak boleh ketawa berterusan kerana keputusan PRN Melaka telah menunjukkan satu angka yang boleh membahayakan BN pada PRU akan datang. Jumlah undi pada setiap kerusi kemenangan umno masih rapuh.
Andaikata Bersatu dan Pas berkompromi dengan Pakatan Harapan pada PRU akan datang, pastinya angka angka itu akan berubah secara drastik.
Kesombongan UMNO pada masa ini sedikit sebanyak telah menyakitkan hati ramai pihak.
Rahsia kemenangan BN kali ini adalah kerana pertandingan berlaku 3 penjuru. Semakin ramai calon yang bertanding, BN semakin berpeluang untuk menang. Ini kerana calon calon pada PRN Melaka berasal daripada Pakatan Harapan yang telah berpecah belah.
Mungkin Anwar telah mula sedar bahawa kegelojohannya mahu menjatuhkan Mahathir dahulu adalah satu kesilapan kerana sentuhan Mahathir masih lagi berbisa dan mampu menguatkan Pakatan Harapan.
Kegagalan PH sebenarnya adalah kegagalan Anwar. Sudah tiba masanya Anwar berfikir untuk menyerahkan jawatannya kepada orang yang lebih muda dan lebih berdaya saing dalam dunia politik negara.
No comments:
Post a Comment