Namun Tun tidak termakan dengan hasutan Umno dan masih mahu kekal bersama Pakatan Harapan dan sedia menjadi seorang pemimpin yang adil dengan mengujudkan kerajaan campuran diantara umno, pas, Bersatu, amanah, PKR ( Azmin) dan Dap.
Tindakan ini sebenarnya lebih bermotifkan mahu melenyapkan terus karier Anwar yang dilihat begitu agresif mahu menjadi perdana menteri.
Namun umno lebih satu langkah kehadapan apabila berjaya menggelikan Muhyidin untuk menjadi perdana menteri dengan meninggalkan Tun terkapai kapai hingga menyebabkan Tun merajuk hati dan melepaskan jawatan.
Peluang baik ini digunakan oleh umno untuk memecah belahkan Pakatan Harapan bagi meneruskan agenda kedua mereka yakni menjatuhkan muhyidin pula dengan berpura pura bekerjasama dengan Anwar pula.
Teknik pecah dan perintah ini dilihat berjaya menggugat Pakatan Harapan dan akhirnya berjaya menjatuhkan Muhyidin namun tidak secara total kerana Muhyidin masih mampu bertahan dengan menggunakan paku keranda terakhirnya yakni menjadikan Ismail Sabri sebagai penggantinya.
Ismail menjadi kuda tunggangan bagi Muhyidin untuk bertahan dan Ismail menjadi kelemasan kerana sentiasa ditekan oleh semua pihak disekelilingnya.
Dan sudah pasti peluang terakhir ini akan digunakan oleh muhyidin sepenuhnya dengan bertindak keras keatas kesemua musuh politiknya dengan menggunakan menteri undang undang.
Penggunaan undang undang jenayah lebih mudah digunakan berbanding menjatuhkan lawan dengan pilihanraya kerana rakyat pun sudah sedia maklum bahawa kesemua pemimpin politik adalah penyamun cuma selama ini mereka tidak dihukum kerana mereka kebal dari undang undang.
No comments:
Post a Comment