Wednesday, 10 November 2021

Bisikan dari sebalik tembok istana lebih kedengaran daripada jeritan seribu rakyat dijalanan

Sebenarnya rakyat sedang didalam emosi yang bercampur aduk. Ada yang dalam kemarahan, ada yang dalam kekecewaan, ada yang dalam ketakutan dan ada yang dalam kesusahan.

Emosi yang bercampur campur ini perlu diatasi  kerana semua pihak mengharapkan kebijaksanaan tindakan dari pihak kerajaan.

Apabila pihak kerajaan dan kakitangan kerajaan yang berkaitan gagal menjawab persoalan rakyat dan diburukkan lagi apabila terlampau ramai yang mahu menjawab dan jawapan mereka lebih kepada menganjing maka emosi rakyat semakin bertambah kronik.

Sekiranya tidak diurus dengan baik, emosi tersebut akan menjadi satu ledakan kerana sentiasa diapi apikan oleh pihak luar yang mahu mengambil kesempatan.

Untuk masyarakat pula jalan yang terbaik di akhir zaman ini ialah mendiamkan diri akan isu isu panas. Diam bukan beerti tidak mengambil tahu tetapi sebaliknya ia jalan selamat kerana kita telah diberi tips menjalani keadaan di akhir zaman oleh junjungan kita nabi muhammad saw. 

Fitnah diakhir zaman ini begitu sukar untuk kita bezakan mana yang betul dan mana yang salah. 

Ia ibarat seperti melihat seekor semut hitam diatas sebuah batu hitam diwaktu malam yang gelap gelita...

Untuk politician pula, sekiranya tidak mampu menjadi orang pandai memadailah menjadi orang baik...

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda 
“Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” 
Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 
1.Terlalu sombong, 
2.Terlalu mewah, 
3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin,
4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 
5.Saling memarahi, 
6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” 
(HR Hakim)

Hadis diatas benar benar kena pada ahli politik melayu dan peniaga melayu.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...