Friday 7 January 2022

Badi Mahathir Melekat Kepada Anwar


Riuh rendah keadaan Parti Pakatan Harapan sebaik sahaja keputusan PRN Melaka diumumkan minggu lepas. Suara suara dari PKR dan Dap begitu lantang menyalahkan Anwar punca kepada kekalahan mereka.

Suara suara akar umbi didalam PKR juga semakin berani meminta Anwar melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada Rafizi naib presiden untuk menjadi nahoda kepada parti tersebut.

Agak logik juga cadangan itu kerana Rafizi sudah terbukti kehebatannya pada PRU lepas. Walaupun tidak boleh bertanding semasa itu namun kerja kuatnya telah menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan.

Berbalik kepada Anwar yang dilihat seorang yang panas baran apabila keluar dari penjara pada 2018 dan angan angannya untuk menjadi PM sudah tidak terbendung lagi hingga banyak membuat kerosakan kepada partinya sendiri dan berakhir dengan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas Mahathir merajuk berok kerana acapkali didesak oleh orang orang Anwar untuk melepaskan jawatan.

Anwar ibarat singa tua yang tidak bergigi. Sejarah panjangnya hanya disekitar keberanian melawan kerajaan selepas dipecat di era Mahathir. Kalau semasa mudanya Anwar kerap menyuruh Mahathir meletak jawatan kini badi Mahathir sudah mula melekat kepadanya apabila penyokong penyokongnya sendiri pula mahu Anwar meletak jawatan.

Nampaknya dosa dosa lampau Anwar sudah mula diberi hukuman. Belum lagi dalam sejarah negara ini ada sesiapa yang mampu menjatuhkan Mahathir kecuali Muhyidin. Muhyidin akan dikenang sebagai legenda yang mampu menjatuhkan dua ekor singa tua yang tidak bergigi dan berkuku.

Namun begitu kehebatan Muhyidin terpadam begitu sahaja kerana dijatuhkan pula oleh Zahid Hamidi yang tidaklah begitu bijak malah dalam keadaan bermasalah dengan kes kes mahkamahnya. Betapa lemahnya Muhyidin kerana dengan mudahnya terjatuh dari singgahsana.

Malah yang paling kelakar ialah Zahid yang berjaya menjatuhkan Muhyidin tapi gagal untuk menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya Ismail Sabri betul betul mempunyai tuah didalam badannya manakala Anwar dan Zahid perlu mandi bunga selepas ini.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...