Friday, 28 May 2021

RINGKASAN SOSOK TUBUH BERMATA SATU DAJJAL @DARI SUDUT KACA MATA PELBAGAI AGAMA DAN BANGSA


Ini diantaranya: 

1-ISLAM
2-NASRANI
3-YUNANI ROME
4-BANGSA JEPUN
5-KAUM AMAZON BRAZIL
7-AUSTRALIA
8-TURKEY KUNO

RINCIAN RINGKAS

1-ISLAM

Dalam sebuah Hadith Sohih Yang disabdakan Oleh Baginda Rasulullah s a w

وفى حديث أنس رضى الله عنه: قال النبى صلى الله عليه وسلم: "مَا بُعِثَ نَبِى إِلا أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ أَلا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ " رواه البخارى برقم 6598

daripada Sayyiduna Anas Bin Malik Radiallahu anh bahawa
baginda Rasulullah s a w Ada bersabda Mafhumnya

(Tidak  di utuskan seseorang Nabi itu,,
melainkan ia akan mengingatkan dan memberi amaran kepada ummatnya berkaitan bahayanya Fitnah yang datang bersama Dajjal si pendusta Bermata Satu,,

Dajjal itu Buta sebelah Matanya
sedangkan Rabb Kamu tidak Buta sepertimana Dajjal,,,
dan diantara kedua matanya tertulisnya Kalimah  Kafir ك ف ر  yang hanya difahami oleh orang yang beriman walau buta huruf)

(ciri-ciri Dajjal)

-Menurut Agama Nabi Ibrahim alaihissalam iaitu islam 

*Namanya Al-Masihi Dajjal
*Merupakan salah satu Tanda Hampirnya kiamat
 *Muncul setelah para imam atau mimbar-mimbar sudah tidak lagi Menceritakan halnya Dajjal
*muncul pada saat ummat islam ingin membelek-belek Ghanimah Perang yang didapati dalam perang besar Malhamah Kubro setelah mendengar teriakkan yang mengatakan dajjal telah keluar
*Para malaikat menjelaskan pada ummat manusia tentang bahayanya dajja
 *Manusia dan berbangsa Yahudi
*tidak Jelas Jantinanya perempuan atau lelaki
 *Tidak memperolehi zuriat(Mandul
 *bertubuh besar kemerah-merahan
 *ukuran badannya pendek 
 *berambut lebat  Perang dan kerinting serta ada 
   sudut jarang diatas kepalanya seolah-olah 
   mengalami keguguran.
 *cacat mata kanannya seolah-olah seperti
   buah Anggur yang hampir terkeluar.
  *Luas Dahinya
  *besar kepalanya
  *besar Lehernya
  *berisi ,gemuk sehingga seolah-olah
    Bercantum antara Dagu dan dada
  *terdapat sudut yang bongkok padanya
 *Langkahnya luas
 *dibantu Oleh Syaitan bagi memahami 
 seluruh bahasa yang ada didunia ini
 *menunggang keldai yang Pantas 
  (ditakwilkan dgn pesawat)
 *mengubah yang hak kepada Batil,Yang Batil kepada yang Hak
 *Menawarkan kesenangan Buat Yang mengikutinya
*memberikan ancaman kecelakaan buat yang menolaknya
*hanya Membunuh seorang Lelaki yang menafikan ketuhanannya
*bersamanya 70 ribu bangsa Yahudi bertoyalisah(kain dikepala) yang datang dari Esfahan Iran
*Ia akan menduduki Tempat Nabi isa maka ummat Manusia Keliru dengan Kehadirannya sehinggalah turunnya Nabi isa
*Di bunuh oleh Nabi isa di Babu-llod Palestin

2-NASRANI
*Menurut mereka Dajjal Bermata satu ini akan Punyai Jawatan besar di Tempat Ibadah dan mendakwa mempunyai Kekuasaan kerajaan Tuhan
*ia akan Menzahirkan Keajaiban yang ada ditangannya tujuannya untuk menyesatkan ummat

3-YUNANI ROME
*Menurut kepercayaan tamadun Rome 
  Orang bermata satu atau dinamakan ia dengan nama Cyclopes pernah wujud dizaman tamadun Rome,
*menurut Mereka Cyclopes ini adalah Makhluk gergasi bertubuh besar yang dilahirkan Hasil dari perhubungan Ibunya Dewi(GAIA )dan dewa (URANUS)
Dewi Gaia merupakan salah seorang dewi bumi dan Uranus merupakan dewa langit menurut kepercayaan Bangsa Rome 
*Menurut Homer(salah seorang Penyair Greeek)Cyclopes merupakan seorang pengembala haiwan ternakan dan ia  membesar dalam suasana yang keras dan penuh mencabar Bahkan lebih dari itu ,,
Cyclopes menjadikan daging Manusia sebagai makanannya.

*menurut Hesiod(salah seorang Penyair Greek)Cyclopes mempunyai kemampuan dalam mencipta sesuatu yang  luar biasa
seperti beliau  menciptakan Halilintar atau petir buat dewa Zeus

4-BANGSA JEPUN

menurut kepercayaan rakyat jepun 

(HITOTSUME KOZO)

*merupakan sosok tubuh bermata satu yang Damai atau mesra
*ia berpenampilan seperti Rahib-rahib Ahli ibadah
*kemunculannya bakal mengejutkan orang ramai
*Ia sentiasa membawa buku catatan
*ia akan berjalan di seluruh rumah yang ada dimuka bumi ini dan menentukan baik dan buruk amalnya tuan rumah yang diziarahinya
*ia akan mengumpulkan amal buruk orang yang ditemukannya dan mengangkatnya kepada dewa wabak toun kemudian diturunkan kepadanya kecelakaan 
*diantara adat budaya Bangsa jepun di Kanto,mereka membakar buku catatan diari mereka bagi mengelakkan nasib yang tidak baik

5-KAUM AMAZON BRAZIL

*Menurut kepercayaan suku Amazon di Brazil

(MAPINGUARI)Merupakan salah satu makhluk gergasi bermata satu yang pernah menempati kawasan Amazon Brazil

*menurut mereka Mapinguari Merupakan Makhluk yang sudah menemukan kunci kehidupan iaitu dengannya ia mampu untuk hidup kekal Berumur Panjang
*disebabkan Murka tuhan kepadanya,,dirinya disumpah dan ditukar menjadi Makhluk yang hodoh,,
*maka disini mula berbeza andaian dan pendapat mengenainya
*ada yang mengatakan ia merupakan makhluk yang malas bertubuh besar
*ada yang mengatakan tubuhnya besar berbulu bermata satu
*Yang sohih menurut mereka,
baunya ya Ampun,,tidak disenangi oleh sesiapa yang menghidunya
*Seseorang yang menemuinya oleh Hilang ingatan dan lupa segala apa yang difikirnya

6-AUSTRALIA

Menurut kepercayaan penduduk Australia

makhluk bermata satu ini bernama (PAPPANGWARE@PAPINGWARE)

*Ketinggiannya setinggi 6 meter 
*ada yang mengatakan ia memakan mayat manusia yang telah mati
*dan ia menyedut dan meminum darah orang yang sakit sehingga kering saluran darah mereka,,
*kemudian ia naik  ke atas langit seperti bintang lalu menurunkan wabak dan penyakit kepada manusia
*ia boleh membesar dan mengecil sehingga ia boleh masuk kedalam saluran darah manusia dan menghirup darahnya hingga keakhir titisan darah yang ada

7-TURKEY

-menurut kepercayaan bangsa turkey kuno

(TEPEGOZ)Merupakan sosok tubuh yang bermata satu
*Pada asalnya ada salah sebuah keluarga dari keluarga Khan Turkey telah mengambil Tepegoz bermata satu ini sebagai anak angkat dan tinggal bersama sama anak anaknya yang lain
*Apabila tepegoz ini semakin membesar,,baru Keluarga Khan ini perasan yang mereka tersilap dan melakukan kesalahan besar kerana menjadikan Tepegoz ini sebagai anak angkat,,
*Kemudian tidak beberapa lama selepas itu
Tepegoz ini memakan hidung,telinga dan tubuh badan adik beradik bukan saudara kandungnya yang lain,,
*Kemudian Tepegoz dihalau keluar dari rumah dan mulalah ia merayau ditengah kota menjadi Makhluk raksasa yang ganas
*semakin besar tubuhnya,,,semakin kejam jadinya

tidak kurang juga ada pendapat dari mereka yang berlainan agama dan Bangsa mengatakan ia adalah sejenis binatang yang pernah berjalanan diserata tempat di dunia dan dinama dengan nama 
(DEINOTHERIUM GIGANTEUM)
atau diterjemahkan dengan maksud
(Haiwan yang mengerikan)
ia mempunyai taring dibawah mulutnya seperti gajah,,
dengan ketinggian 5 meter
dan binatang ini telah pupus dalam jutaan tahun yang lampau,,
*dikatakan fossilnya pernah ditemukan dalam keadaan tengkoraknya menunjukkan binatang ini bermata satu,,

*Mereka membayangkan bahawa binatang
(Deinotherium giganteum) merupakan binatang yang ganas dan menakutkan serta melakukan banyak kerosakan dimuka bumi sebelum ia pupus
*tetapi dakwaan mereka ini tidak benar..kerana binatang ini merupakan binatang yang mesra tumbuhu tumbuhan,,bukan pemangsa seperti yang didakwakan..

wallaaahu a3lam
Macam macam yer andaian orang....

apa pun semoga kita semua terselamat dari Fitnah Dajjal yg kebanyakan nya tewas...
Aamiin ya rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...