Sunday 15 December 2019

Mengambil kesempatan atas kesempitan

Apakah tujuan kita memilih kerajaan?

Kita memilih kerajaan dengan harapan kerajaan menjadi pelindung kita, kita memilih mereka dari sebuah parti yang kita yakin mampu berfikir serta membuka ruang ekonomi agar kita boleh mendapat peluang untuk mencari rezki dan keselamatan kita terjamin dari paksi kejahatan.

Kita bukan memilih kerajaan hanya untuk memberi mereka kebenaran untuk membuli kita dengan ketidakadilan pegawai pegawai kerajaan atau mengadakan peraturan yang menyusahkan hidup kita.

Apabila beberapa pihak di dalam kerajaan bertindak hingga menghasilkan ketegangan kaum dan agama, maka sudah pasti beberapa pihak di pihak rakyat akan bersuara mengusulkan ketidakpuasan hati.

Apabila pihak rakyat mengusulkan ketidakpuasan hati melalui media sosial maka pihak yang menyokong kerajaan pula menuduh pihak rakyat cuba menimbulkan ketegangan.

Agak pelik suasana seperti ini dimana punca yang bertindak menegangkan keadaan tidak dipersalahkan tetapi yang mempertahankan diri pula yang dijatuhkan hukuman.

Ia seperti nasib yang tertimpa ke atas rakyat palestin dimana yang merampas negara palestin bebas bertindak manakala rakyat palestin dipersalahkan kerana mempertahankan tanahair mereka.

Formula ini seolah olah sedang berjalan di seluruh dunia.

Pada tahun 80an dahulu kita gemar melihat perlawanan wrestling di kaca tv.

Ia agak menarik kerana terdapat perbagai drama di dalam perlawanan tersebut.

Ia dimulakan dengan penggusti yang membawa karaktor jahat bercakap dengan sombong dan mencabar penggusti baik.

Penggusti baik seolah olah dibuli dan dibelasah dengan teruk. Malah pengadil perlawanan juga dilihat begitu berat sebelah dalam mengadili perlawanan.

Penggusti jahat juga kerap menggunakan tipu helah untuk memenangi perlawanan.

Penonton pula begitu kuat bersorak setiap kali penggusti baik bangkit untuk melawan.

Kadangkala penggusti baik menang dan kadangkala kalah kerana penipuan.

Begitulah yang berlaku didalam negara kita hari ini.

Kita terlalu kerap bersorak tetapi sorakan kita tenggelam sebaik sahaja perlawanan tamat.

Sorakan akan dilakukan pada perlawanan seterusnya.

Itulah yang berlaku berkali kali sedangkan penggusti jahat, pengadil yang berat sebelah dan penggusti baik yang lemah akan masuk semula ke gelanggang untuk mendapatkan sorakan kita.

Apa yang boleh kita rumuskan berkenaan kemenangan PH dahulu adalah...

Mengambil KESEMPATAN diatas KESEMPITAN rakyat semata mata...



No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...