Friday, 27 December 2019

Mampukah Parti Bersatu Menganjurkan sebuah Pemilihan yang Adil?

Pemilihan parti bersatu sudah pasti mendapat perhatian kerana semua pihak mahu melihat bagaimana mereka menguruskan parti.

Sekiranya parti kecil pun mereka tidak mampu uruskan maka sudah pasti mereka tidak mampu untuk menguruskan negara.

Suhu parti bersatu sudah mula panas apabila semakin dekat dengan tarikh pemilihannya awal tahun hadapan.

Ini adalah pemilihan yang pertama selepas beberapa kali berjaya menunda pertandingan untuk mengekalkan kuasa tanpa pemilihan.

Beberapa gerak kerja bagi membersihkan dan menghalalkan beberapa perkara perlu dilakukan agar mereka yang berkuasa boleh terus mengekalkan kuasa.

Ada diantara calon yang berkeinginan bertanding didalam pemilihan parti bersatu rupa rupanya tidak tahu langsung berkenaan sistem mengundi yang akan dijalankan.

Tergagap gagap mereka bila ditanya bagaimana proses undi akan dijalankan.

Nampaknya parti bersatu masih belum memaklumkan kaedah yang akan diguna pakai oleh mereka dalam pemilihan tahun hadapan.

Malah bilangan cawangan yang berada didalam setiap bahagian juga belum dimuktamadkan.

Segala galanya kelihatan cuba dirahsiakan.

Di perak ahli ahli bersatu sendiri ada yang tidak tahu mereka berada di bahagian mana.

Malah mereka juga beranggapan parti bersatu cuma merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang di monopoli dikalangan orang orang sekeliling menteri besar sahaja.

Nampaknya kritikan Tun terhadap parti umno dahulu kini berbalik kepada parti bersatu sendiri.

Ada yang beranggapan sekiranya Allahyarham Sanusi masih hidup mungkin pengurusan parti mampu berjalan dengan lancar.

Ini kerana Tun bukanlah tahu segala galanya berkenaan pengurusan parti.

Malah umno sendiri pernah diharamkan gara gara pengurusan yang lemah semasa beliau menjadi presiden.

Tanpa kuasa perdana menteri, parti bersatu berada didalam risiko besar untuk diharamkan kerana boleh dikatakan kewujudan parti tersebut hanyalah diatas kertas semata mata.

Pemimpin pemimpin didalam bersatu cukup takut sekiranya peralihan kuasa berlaku tahun hadapan.

Mereka sedar PKR sama sekali tidak  akan mengekalkan jawatan mereka di dalam kerajaan selepas ini.

Perbuatan mereka yang sebelum ini menekan dan meminggirkan pemimpin pkr negeri juga mengundang pembalasan sekiranya tidak berkuasa lagi.

Seandainya Anwar sedikit bijak dengan menyantuni orang orang melayu, besar kemungkinan bersatu akan tersapu dengan lebih lancar lagi dari pakatan harapan.

2 comments:

  1. WAWASAN 2020 ATOK RENTA JADI FOSSIL PURBA
    MACAI JADIKAN FOSSIL PURBA ARTIFAK BERHARGA
    RELIC ARTIFAK INI NEGARA HANCUR LEBUR SEMUA
    MAHACAI JUGAK BODOS JUGAK YANG TERKINJA RIA


    MULAI 2020 ATOK RENTA DAH TRANSFORM PADA FOSSIL PURBA... FOSSIL PURBA UNTUK PANDYAN ANAK CUCU JAUHI FITNAH JIJIK


    FORMULAJUMPAFOSSILPURBA = POP CORN TAMBAH + TEPUKK

    ReplyDelete
  2. Org umno kena bijak berpolitik..walaupun pandai memerintah tp jika tidak bijak berpolitik takda guna juga..rakyat hr ni ramai yg uneducated kata atok..tgk mcm mn atok gunakan kebodohan rakyat utk menang..umno ken ablaja dr situ walaupun terpaksa cium molot ngan nuar pun atok sanggup..nak sabitkan najib dgn kes bunuh apadehal..kalau tak brani jgn berpolitik

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...