Friday, 19 February 2021

Strategi Dakwah Yang Diabaikan

Berdakwah ni seperti berniaga juga yang mana ia mempunyai produk dan produk itu perlu sampai ke tangan pengguna.

Dalam versi perniagaan antara kaedah yang perlu digunakan ialah promosi. Promosi digunakan untuk memperkenalkan produk kita kepada umum agar masyarakat merasai kewujuan produk itu.

Setelah kerja kerja promosi dijalankan maka satu kerja terakhir yang paling penting ialah close-deal. Dan inilah tugas yang paling sukar kerana untuk meyakinkan pembeli, jurujual perlu mempunyai mempunyai daya tarikan yang hebat.

Namun demikian ada beberapa cara yang boleh digunapakai dalam misi close-deal ini yakni membahagikan kebolehan beberapa jurujual mengikut target market.

Seandainya market dikalangan orang berada maka jurujual yang fasih berbahasa inggeris dan agak bergaya perlu dihantar kerana orang orang berada lebih yakin kepada keterampilan penjual yang sebegini disamping kemahiran jurujual dalam bercakap.

Bagi market orang kebanyakan biasanya jurujual tidak begitu terikat sangat untuk nampak begitu mewah. Cukup sekadar kemas dan petah berkata kata bagi mendekati target mereka.

Disamping menjual ada satu lagi resepi yang perlu dilakukan oleh jurujual yakni jurujual tidak boleh sama sekali saling menjatuhkan sesama jurujual.

Mereka perlu tumpukan kepada menjual dan memuji produk sahaja. Sebarang kata kata yang berniat untuk menjatuhkan rakan rakan yang lain sebenarnya secara tidak langsung akan membuatkan pengguna semakin jauh dari produk.

Begitulah juga dengan kerja dakwah dimana sekiranya para pendakwah terlalu sebok mengeji pendakwah yang lain maka masyarakat akan semakin jauh dari agama.

Pendakwah sepatutnya menumpukan kepada market yang lebih luas. Masih terlampau ramai lagi orang yang masih belum memeluk Islam maka janganlah yang sudah Islam ini pula mahu dipecah belahkan.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...