Saturday, 23 October 2021

Memang sudah terlalu teruk

Ya, perangai orang melayu sudah semakin teruk. Sebutkan saja apa keburukan yang bangsa melayu tak pernah buat.

Jadi pondan, sudah.
Menyihir bangsa sendiri, sudah.
Menipu bangsa sendiri, sudah.
Menindas bangsa sendiri, sudah.
Membalun bontot, sudah.
Menjual agama, sudah.
Merosakkan bangsa sendiri, sudah.
Membuat filem lucah, sudah.
Dadah, sudah.

Semuanya sudah bangsa ini lakukan hingga tidak lagi boleh diperbetulkan.

Dari pemimpin yang kaki rasuah dan menindas hinggalah kepada pegawai pegawai kerajaan yang asyik menindas orang melayu.

Si penindas melayu dan yang ditindas juga adalah melayu.

Malah yang berjubah juga mengambil kesempatan mengutip derma dan menjual air penawar.

Bangsa melayu sudah banyak berubah dari kesopanan kepada kejahatan tanpa sempadan.

Kasihan dengan bangsa ini yang gemar bercakar sesama sendiri. Pemimpin yang gila kuasa telah mengheret para pengikutnya turut serta untuk bersengketa. Malah para pengikut mereka juga kadangkala lebih sudu dari kuah untuk membalas dendam terhadap musuh pemimpin mereka.

Memang terlalu sukar untuk membetulkan bangsa ini. Ibarat kapal sudah ditebok di lantai hanya menunggu masa untuk karam.

Bagi yang punya iman, mereka hanya mampu memperbanyakkan amalan akhirat kerana seolah olah sudah nampak kapal bakal karam bila bila masa sahaja.

Ada juga yang mengharap agar mereka sempat untuk menyertai pemimpin akhir zaman yakni Al Mahdi, namun tidak dapat dipastikan bilakah tarikh keramat tersebut.

Menjaga iman bagaikan menggenggam bara api. Hampir semua aktiviti kehidupan mengandungi sentimen haram dan maksiat.

Malah untuk berniaga juga perlu mempunyai skil merasuah dan perlu melibatkan diri dengan riba.

Media media juga sarat dengan rancangan hiburan yang melalaikan. Bahkan di masjid masjid juga ceramah lebih kepada mengata dan mengutuk orang.

Kutbah jumaat juga sering bercerita hal covid dan sop sahaja. Tiada lagi ilmu agama dihuraikan untuk menyedarkan umat islam berkaitan iman.

Kita benar benar di akhir zaman. Mulut, mata, kaki dan tangan dibelenggu dengan ketat.

Musuh kita menggunakan bangsa kita sendiri untuk mengalahkan kita.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...