Tuesday, 26 October 2021

Rakyat perlu bijak...

Masyarakat bertambah keliru dan sukar untuk membuat keputusan samada satu satu isu benar atau palsu. Ini menyukarkan masyarakat untuk membuat keputusan dalam memihak kepada satu satu tokoh. Pentaksub pentaksub tokoh pula begitu agresif memaksa minda rakyat dengan menyajikan berita berita palsu untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Mereka akan mencaci maki rakyat yang tidak mahu menyokong tokoh tokoh mereka. Mereka mengungkit dan menyalahkan rakyat atas setiap musibah yang melanda negara. Rakyat pula menunjukkan kemarahan mereka didalam media sosial tanpa berdasarkan fakta yang benar dalam menyerang tokoh tokoh politik.

Percanggahan pendapat berahir dengan pertelagahan diantara dua puak berbalah membuatkan rakyat yang menjadi mangsa penghinaan dan kutukan dari pentaksub pentaksub ini. Hari ini seolah olah rakyat hanya diberi satu pilihan sahaja samada menjadi kawan mereka atau menjadi musuh.

Menjadi kawan bermaksud perlu menyokong tokoh mereka dan sekiranya tidak menyokong dianggap sebagai musuh walaupun rakyat tidak menyokong lawan kepada tokoh mereka.
Apa yang perlu rakyat lakukan adalah mengumpulkan semua berita dan maklumat dan ditapis satu persatu.

 Setelah ditapis letakkan kesemua maklumat itu kedalam dua kategori yakni kategori berita palsu dan kategori berita benar. Kemudian berita palsu itu dikaji satu persatu akan sebab musabab ia dikeluarkan untuk mengetahui niat sebenar si penyebar berita tersebut.

Gabungan "kajian" antara berita benar dan niat menyebar berita palsu tersebut akan membantu membolehkan kita mengetahui kumpulan tokoh mana yang lebih baik. Saranan saya ialah hendaklah kita bersabar dalam bertindak kerana ia dapat menyelamatkan kita dari membuat kesilapan. Keputusan yang terburu buru hanya akan merugikan kita dan membuatkan kita menyesal di kemudian hari.

Sebaiknya rakyat kurangkan bercakap dan lihat sahaja permainan orang orang politik ini. Rakyat perlu lebih bijak dan bersabar kerana apa saja kesudahannya adalah memberi kesan kepada rakyat. Siapa sahaja yang menang akhirnya hanya menjaga kebajikan kroni kroni dan penyokong kuat mereka sahaja.

Suara rakyat yang terlalu kuat memberontak bukanlah menakutkan satu satu kerajaan tetapi sebaliknya akan membuatkan kerajaan itu menjadi lebih marah dan bertindak zalim.

 Rakyat perlu bijak...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...