Melayu hanya akan bersatu apabila dap memerintah. Contoh kecil ialah selepas pru 14 semasa PH memerintah 22 bulan, pas dan umno mengajak Ppbm bersama sama untuk mempertahankan hak orang melayu dan agama Islam.
Mereka begitu lantang dan mampu mengadakan satu demonstrasi yang paling besar dalam sejarah politik melayu. Tetapi apabila mereka memerintah habis segala keberanian mereka pudar dan sebok dengan berbalah.
Umno nampaknya masih belum serik dengan pengalaman semasa 22 bulan pemerintahan PH.
Nampaknya mereka tidak mahu mengambil pengajaran diatas kekalahan mereka pada pru 14 yang pernah digelar sebagai ibu kepada segala pilihanraya.
Mereka perlu diajar sekali lagi agar benar benar insaf bahawa orang melayu perlu dipertahankan dan bukannya setelah dapat kuasa mereka mula berbalah dan berebut harta rampasan.
Pada Pru 15 nanti Pakatan Harapan perlu dimenangkan sekali lagi untuk mengajar umno agar memahami apa itu perjuangan.
Sekiranya umno menang mereka akan menjadi lebih bongkak dan sombong dengan terus menindas rakyat. Umno ini sudah menjadi terlalu bebal dan tidak boleh diselamatkan lagi.
No comments:
Post a Comment