Wednesday, 20 October 2021

Bomoh beksin

Agak menghairankan juga sewaktu perlaksanaan vaksinasi tiada langsung kes pendatang asing tanpa izin yang menggunakan ic palsu ditemui... Mungkin agaknya pendatang tanpa izin itu sudah mendapat izin untuk menggunakan ic palsu... Atau mungkin juga ratusan ribu pendatang itu berjaya menyembunyikan diri dari covid dan tidak perlukan vaksin.

Yang tidak mengambil veksin teruskan kekal bertahan untuk tidak mengambilnya kerana kita memang memerlukan hasil ujikaji diantara dua kajian iaitu yang mengambil veksin dengan yang tidak mengambilnya.

Masa akan menentukan apakah hasil dari dua perkara tersebut. Ini kerana kedua dua kumpulan tersebut masih tidak selamat dari jangkitan.

Namun kajian yang kita perolehi diperingkat awal nampaknya yang tidak mengambil veksin tidak selamat dari penguatkuasa.

Nampaknya bahayanya penguatkuasa lebih daripada bahayanya covid.

Walaupun jampi yang sama digunakan oleh bomoh namun ia tidak mampu untuk menghalau kesemua jin dan iblis. Kadangkala jampi itu mujarab pada satu orang dan ia tidak mujarab pada satu orang yang lain.

Apabila ia mujarab bukanlah bermakna bomoh itu hebat. Bomoh itupun sebenarnya main aci try je jampinya. Kalau tak kena pun paling tidak ia mengena... Yang terkena tetap si pesakit.

Begitulah juga dengan veksin ini... Kalau kebetulan covid ada berhampiran maka kenalah dia dan sekiranya tiada covid disekitar maka selamatlah dia.

Yang untung tetap kepada yang menjual veksin...

Maka ada baiknya jangan bercakar sesama sendiri kerana bergaduh bukanlah ubat kepada covid malah covid memang suka menghampiri kepada orang yang cakap banyak.

Semakin banyak bercakap maka semakin banyaklah covid masuk kedalam mulut....

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...