Jika keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dilihat menutup pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya.
Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalist nya dalam PAS.Jika tidak masakan mereka bersama dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ADUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai PM masa depan.
Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi di peringkat negeri adalah lebih berprestij,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada pilihanraya akan datang.
Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM.
Masalah pengundi Kajang kecewa kerana ADUN mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN.
Masyarakat Cina menghormati Anwar kerana berani mengambil risiko dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri akan memberontak.
Orang Pas telah dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya menjadi YB dengan sedikit sebanyak kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban.
Soal Pas mengutamakan kepentingan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN.
Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan dan juga oleh orang orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar.
Kehebohan dan tentangan terhadap Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan jadi alat di akhir zaman
Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...
-
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan...
-
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak ...
-
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara ke...
No comments:
Post a Comment