Tuesday, 14 January 2014

GEMPAR!!! Sultan Melaka Telah Ditahan

JASIN: Polis menahan seorang individu yang mendakwa Sultan Melaka, ketika mahu ke Pulau Besar, sebentar tadi dipercayai menghadiri sambutan Maulidur Rasul serta istiadat pengurniaan darjah kebesaran.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Noor Jan Shah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira-kira jam 10.45 pagi. 

Difahamkan, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. 

Penahanan itu susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.

No comments:

Post a Comment