Skip to main content

Najib Bagi Amaran; Lu Olang Jangan Mayin mayin Meh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang tidak berfungsi dengan baik.


Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan.



Sehubungan itu, beliau mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan memainkan peranan dengan menjual produk pada harga lebih murah di pasar-pasar tani bagi meringankan beban rakyat.



“Hari Jumaat ini saya akan pergi ke pasar tani di sini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Fama untuk tengok harga barang,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.



Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.



Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa harga sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan malah ia bergantung dengan prinsip permintaan dan tawaran.



“Harga ikan naik pada musim tengkujuh kerana nelayan tidak boleh ke laut manakala banjir dan perubahan iklim juga menyebabkan harga sayur-sayuran naik.



Kita kena lihat rasionalnya dan sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan,” katanya.



Perdana menteri menjelaskan bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meringgan beban rakyat termasuk pada awal bulan ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan 'Program Jimat Belanja Dapur 2014' yang menyediakan potongan harga lima hingga 20 peratus untuk 22 barang terpilih di pasar tani seluruh negara.



Program jangka pendek bersama Fama itu membabitkan 517 pasar tani yang menjual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran semasa bertujuan mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan harga makanan, terutama ketika musim tengkujuh kini.



Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat