Saturday, 22 February 2020

Perahlah Keringat Marhaen Selagi Mahu

Perbagai reaksi dari kawan kawan politik berkenaan mesyuarat majlis presiden pada malam ini.

Mesyuarat malam ini menentukan tarikh pengunduran Tun dan penyerahan kuasa kepada Anwar.

Apa saja keputusannya akan memberi impak besar kepada politik tanahair.

Ini kerana Anwar terkenal sebagai susuk yang mahukan hak samarata kepada seluruh rakyat malaysia.

Namun begitu yang sebenarnya malaysia sudah lama mengamalkan liberalisasi, cuma sahaja umat melayu tidak sedar sahaja lagi.

Sejak merdeka lagi orang melayu sudah diletakkan didalam kelas ketiga walaupun pemimpin nombor 1 adalah berbangsa melayu.

Sebenarnya segalanya sudah terlambat buat orang melayu untuk mendapatkan semula apa yang telah kehilangan.

Ini adalah kerana pemimpin melayu sendiri sudah berfikiran liberal dan pengikut mereka juga terlalu ramai yang mahukan liberalisasi ini diteruskan.

Orang melayu hanya akan insaf apabila semua orang melayu hidup susah.

Hari ini masih ramai orang melayu hidup senang dan mereka tidak merasa kesusahan orang melayu yang lain.

Amat penting melayu susah ini hidup berpakat pakat antara satu lain.

Melayu marhaen mampu menjadi satu gerombolan yang kuat sekiranya mereka bersatu.

Tapi malangnya melayu amat mudah dipecah belahkan apabila mereka disajikan dengan wang ringgit.

Suatu ketika dahulu parti PPBM nampak kuat kerana parti itu didokong oleh melayu marhaen yang bekerja siang dan malam mencari sokongan.

Tapi hari ini parti tersebut dilihat hanya seperti melukut di tepi gantang didalam Pakatan Harapan semata mata.

Itu pun kerana Tun masih perdana menteri. Seandainya Tun melepaskan jawatannya besar kemungkinan melukut ini akan dipijak dengan kaki kiri sahaja nanti.

Ini kerana parti tersebut sudah melupakan tujuan asal perjuangan mereka dahulu yang berasaskan rakyat marhaen.

Itulah yang pernah berlaku kepada umno yang membuatkan mereka kehilangan kuasa pada pru yang lepas.

Perbagai kenangan yang hinggap dan menjadi nostalgia kepada rakan rakan yang pernah berjuang dahulu.

Ia merupakan satu peringatan buat kita di masa hadapan.

Semasa susah ramai yang mampu berjuang secara ikhlas namun apabila sudah berjaya yang kaya akan memijak yang marhaen.

Ia berulang ulang berlaku dengan pelakon yang berbeza beza.

Dengan keringat yang berusia 50 tahun ini sebenarnya tiada apa lagi yang boleh diperah melainkan semangat sahaja yang tinggal.

2 comments:

  1. Minta pihak pengurusan Sungei Buloh-Inn menambah bilik2 berstatus VIP. Dijangkan ramai yang akan check-in selepas Nov 2020 nanti?

    ReplyDelete
  2. sementara ada waktu lagiiii..

    Fitnah lah selagi kau mahu ....!!!
    Rakyat sudah jijik meluat dengan si kepala penipu dan kepala perompak negara

    satu untuk kau satu untuk aku..
    dua untuk parti kau dua untuk parti aku...
    tiga untuk anak kau tiga untuk anak aku..
    empat untuk cucu kau empat untuk cucu aku
    GLC untuk aku Menteri jadi barua aku..
    Ladang TH untuk aku menteri jadi barua aku..
    Hotel untuk aku.. kau jadi barua aku...
    Babi untuk kau babi untuk barua aku...

    Sementara ada waktu kini.. ronggeng lah sepuas hati kau sebelum siksa sakarat menjemput sang fitnah

    Sedang bertiup kencang bahawa perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bakal menerima tekanan ala halalintar supaya melepaskan jawatannya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan pada *Khamis atau Jumaat* depan.

    Sementara ada waktu ini...

    Sumber dari PH sendiri memberitahu sebuah akhbar bahasa Inggeris utama di Malaysia bahawa "suatu yang sangat besar akan berlaku tak lama lagi".

    sementara ada waktu otai reformis beri kata dua pada Tun

    KALAU JANJI ATOK DNG BAKAL PM KE 8 DI CAPATI
    OTAI REFORMIS SIAP SEDIA BUKA BAJU GULING2 NANTI
    20 TAUN OTAI SEDIA GULING2 DI JALAN LAGI SKLI
    BIAR TELOR DAH KECUT, DAH LABUH OTAI TETAP GULING GILA BABI..!!

    sementara ada waktu hari ini...!!

    Lepas ni banyak lah telor telor kecut dan telo labuh dan telo kendur dari otai reformasi (maklum lah dah 20 tahun berlalu mau tak labuh telo menunggu nok jadi PM..) acara guling guling jalanraya

    sementara ada waktu saat ini...

    Rakyat jelata yang lokos dikencing hancing siang malam boleh lah sediakan pop corn tambah sambil tepok tangan..!!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...