KEMELUT politik yang bermula dari 'Langkah Sheraton' sudah masuk hari ketujuh.
Watak-watak Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir sendiri, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Sahfie Apdal, Abdul Hadi Awang dan rsmai lagi bercampur-campur lakonan masing-masing.
Sekejap baik sekejap jahat, sekejap begitu dan sekejap begini. Hari semalam sokong orang itu, hari ini sokong orang ini, esok belum tentu dan lusa tidak pasti.
Begitulah keadaan tergesa-gesa atas alasan kesuntukan masa. Kerana Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan pada bila-bila masa.
Begitulah buruknya suasana politik Malaysia sekarang yang menyaksikan hampir semua ahli politik tidak boleh dipercayai. Mereka semua jelas opportunis yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment