Sunday, 23 February 2020

Kemenangan Dap?

Membaca kenyataan 28 perenggan Peguam Negara seolah-olah membaca hujahan Peguam-peguam Bela kepada 12 tertuduh di mahkamah untuk membebaskan mereka.


Begitupun, selain daripada implikasinya ke atas nasib 12 tertuduh tersebut, keputusan mengejut Peguam Negara ini, pada hemat saya, memberi implikasi besar kepada:

(1) Wibawa Jabatan Peguam Negara: Tertuduh ditangkap pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah pada 29 Oktober 2019. Kertas pertuduhan dirangka, dan pendakwaan dibuat, oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. 

Jika pertuduhan tidak kuat, mengapa pendakwaan masih dimulakan? 

Jika ada kesilapan, mengapa hanya setelah 4 bulan, iaitu 21 Februari 2020, baru kesilapan ini disedari dan mengapa kenyataan Peguam Negara langsung tidak mengandungi sebarang permohonan maaf atas kesilapan ini?

(2) Wibawa Polis Di-Raja Malaysia: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh menahan 12 tertuduh. Mengikut Datuk Ayob Khan, ada antara tertuduh yang merancang menyerang kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur dan ada transaksi kewangan yang besar, tetapi kenyataan Peguam Negara langsung tidak menyebut aspek-aspek ini.

(3) Imej dan dana kerajaan: Keputusan dan hujah-hujah yang diberikan oleh Peguam Negara hari ini sudah pasti akan digunakan balik oleh sebahagian daripada mereka yang telah pernah atau sedang ditahan di bawah SOSMA untuk menuntut pembebasan mereka dan untuk menuntut ganti rugi, yang jumlahnya pastinya bukan sedikit, daripada pihak kerajaan di atas dakwaan penahanan secara salah. Ia juga sudah pasti akan menyukarkan cubaan untuk menahan dan mendakwa di bawah SOSMA di masa hadapan.

Apakah pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini, dua daripadanya adalah ADUN DAP, adalah kemenangan untuk DAP? 

2 comments:

  1. BEFORE...sblom mesorat Majlis President (psstt..!! aku koi pes bolat2 dari Blog Bodin)

    Seminggu Sebelom Mesorat maaaakk aaii tajuk entry kemain pujuk rayu melambung puja puji pijak semut pun tak mati..

    KALAU MEI, MAHATHIR DIHARGAI DAN KALAU NOVEMBER, ANWAR LEBIH DISANJUNGI
    Shahbudin Husin 21 February 2020

    Tidak ada sesiapa yang benar-benar pasti apa keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH malam ini berhubung peralihan kuasa. Tun merupakan pemimpin terbaik dan Anwar bertuah mewarisi legasi gemilang Tun Dr Mahathir. Kepimpinan unik ini ada pada sosok gandingan padu Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi dan memacu negara pada masa depan.

    AFTER...Selepas Mesorat Presiden PH tajuk entry semacam ajer.. kikiki

    KEPUTUSAN YANG MENGECEWAKAN, ZAMAN GELAP MALAYSIA AKAN BERPANJANGAN LAGI
    Shahbudin Husin 22 February 2020

    Keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH malam tadi berhubung soal peralihan kuasa benar-benar sesuatu yang mengecewakan hati rakyat. Cakap dan janji Tun Mahathir memang tidak boleh dipegang dan dipercayai sama sekali.

    Apakah kita tak malu untuk melangar perjanjian kesepakatan yang kita dah bersetuju bersama...di mana kita jika gagal menunaikan janji....rakyat akan melihat ph tidak ada keikhlasan. Janji pun bole di batalkan...ianya tidak sepatutnya berlaku

    Ini tun m meting minta date atau tarikh bila pun tak boleh bagi...bersilat...tipu....tadi dia buat kenyataan bila tarikhnya..... itu keputusan saya....bila saya nak berenti saya berenti....sombong bongkak dan ayat dia nampak sangat menipu....memek muka nampak marah dan tak selesa.....mata besar dan terbungkang....dah umur 95 pun nak lagi kuasa....telinga pun dah pekak...gila....

    Beliau mungkin boleh berhenti makan sebelum kenyang, tetapi dalam bab kuasa, kerakusan dan ketamakannya ternampak tidak pernah cukup dan sentiasa membuatnya lapar

    SEBELOM MESORAT KE MAIN PUJA PUJI
    LIDAH BERCABANG RAPIJI SUDAH PESAN
    AJOM GULING JLNRAYA OTAI REFORMASI
    JANJI LIDAH BERCABANG LU FIKIR SINDRI SETANNN..!!

    Lepas Mesorat... Rakyat dah agak dah lu fikir la sindri...

    kikikikiki..!!

    FORMULAELAKKENAMAIN = TEPOK DULU + POP CORN TAMBAH JGN LUPO

    ReplyDelete
  2. Kesian tengok peguam2 yang bekerja untuk Tommi, beriya2 benar nak dakwa kemudian hentikan!!! Kah..kah..kah.. jadilah peguam yang punyai pendirian, bukan peguam katogeri 2nd @3rd class, peguam angguk2 geleng2!

    Anda pakai cantik2 masuk mahkamah untuk dakwa dakwi tapi bila tuan anda kata henti anda terpaksa angguk! Jadilah peguam yang ada harga diri.... sia2 saja pakai cantek2 masuk mahkamah! Kah..kah..kah..

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...