SIDANG KHAS PARLIMEN TENTUKAN PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir selepas menghadap YDP Agong hari ini mengumumkan Sidang Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac, 2020 untuk memilih Perdana Menteri ke-8.
Sidang khas parlimen tersebut, perlu dibuat, ekoran hasil temuduga YDP Agong untuk 221 ahli parlimen, mendapati tiada calon yang mendapat majoriti mudah.
Majoriti mudah yang diperlukan adalah 112 ahli parlimen daripada 222.
Ada 6 hari lagi, bagi pelobi-pelobi untuk memastikan calon pilihan mereka bakal dipilih PM8.
Dalam satu perkembangan, besar kemungkinan Bersatu menamakan Presiden parti itu, Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon PM8.
Jika sidang khas tersebut gagal memilih calon PM8 dengan sokongan majoriti, maka Perdana Menteri sementara akan membubarkan Dewan Rakyat atas perkenan YDP Agong.
Sebelum sidang parlimen khas tersebut Dato Seri Anwar yang dinamakan oleh Pakatan Harapan secara enblok disokong 92 ahli parlimen, jika mendapat sokongan parti Warisan, maka diatas kertas beliau mempunyai sokongan 101 ahli parlimen, hanya memerlukan 11 ahli parlimen lagi.
Oleh kerana mandat GBS- Sarawak kepada YDP Agong tidak terpakai lagi, maka gabungan itu bebas berpihak pada mana-mana calon.
Manakala Muafakat Nasional yang memwakili 61 ahli parlimen, jika muafakat itu masih berpegang kepada pembubaran dewan rakyat, maka tidak akan memilih siapa-siapa.
Oleh kerana pengundian dijalankan secara rahsia, kemungkinan ada ahli parlimen yang "break the rank" khususnya daripada mantan-mantan ahli parlimen PKR.
Nampak gayanya, Dato Seri Anwar bakal dipilih, kecuali, Tun Dr Mahathir dinamakan semula sebagai calon, dan hanya dua nama perlu dipilih oleh ahli-ahli parlimen.
Di atas kertas, jika Tun dinamakan semula, jika mengambil kira sokongan Muafakat Nasional, GBS dan Warisan, maka beliau bakal mendapat undi sekurang-kurangnya 125 ahli parlimen. Jumlah itu sudah cukup untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sama-sama kita tunggu hasil sidang khas parlimen tersebut.
Perlu ke buat Sidang Khas Dewan Rakyat?
ReplyDeleteAtau YDPA boleh saja bubarkan parlimen? Memandangkan tiada pihak yang boleh buktikan punyai majoriti!