Saturday, 15 September 2018

Politik atau Politaik???

Titik pertelingkahan didalam pakatan harapan sebenarnya sudah mula dihidu apabila sebaik sahaja Tun menjadi PM, wan azizah sering lewat untuk bersama sama dengan Tun sewaktu mengadakan sidang media.

Sebelum itu wan azizah juga kerap lewat datang berceramah sewaktu kempen pilihanraya namun ia boleh dianggap sebagai satu budaya didalam pakatan harapan dimana penceramah terakhir dibenarkan datang lewat untuk berceramah tanpa perlu mendengar ceramah dari rakan rakan seperjuangan parti yang lain.

Titik pergolakan seterusnya berlaku apabila rafizi dilihat lantang mengkritik Tun dan anwar pula dilihat mempertahankan tindakan rafizi dan ini membuatkan penyokong penyokong yang taksub kepada Tun beranggapan hentam menghentam sesama parti pakatan harapan secara terbuka adalah dibenarkan oleh pucuk pimpinan pakatan harapan.

Dan natijahnya ialah penyokong parti masing masing mula menyerang balas sesama sendiri bagi menunjukkan sokongan kepada tokoh masing masing.

Yang menerima kesan buruk adalah Tun kerana beliau berada di puncak dan menjadi serba salah.

Beliau tidak terlibat dengan mana mana agenda tersembunyi malah fokusnya adalah untuk menyusun atur negara tetapi kekangan yang berlaku ialah apabila terjadinya pertelagahan yang seperti kebudak budakan diantara inner circle didalam pakatan harapan.

Sebenarnya Tun masih belum faham budaya didalam parti parti politik malaysia baru yang sebenarnya peninggalan regim najib.

Pkr adalah parti yang lahir di jalanan maka budaya mereka agar kasar dan tiada adab dalam menegur. Mereka menegur secara langsung tanpa menjaga hati dan perasaan.
Era budaya melayu berpantun dalam menegur sudah lama pupus dan sekarang adalah era dimana apabila tak puas hati maka hentamlah sesuka hati dan sekiranya tersilap maka boleh meminta maaf berkali kali.

Dendam lama diantara penyokong Anwar dan Penyokong Tun agak sukar untuk disejukkan.

Kini Tun mempunyai 3 musuh yang amat garang yakni penyokong tegar PKR, penyokong tegar PAS dan penyokong tegar UMNO.

Dap dan Amanah dilihat amat matang dalam soal kepentingan kenegaraan mengatasi kepentingan politik.

Namun perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemimpin parti pkr dan ppbm ialah meminta penyokong masing masing mengadakan gencatan senjata daripada menyerang diantara satu sama lain.

Menyerang tokoh pihak kawan adalah tidak molek dan memudahkan umno menusuk masuk untuk memecah belahkan pakatan.

Ini kerana mengkritik tokoh secara terbuka tidak akan menguntungkan kerajaan yang didokong oleh mereka kerana kami rakyat dibawah sudah naik lenguh tengkok kami kerana terlalu kerap menggeleng kepala melihat sikap penyokong parti masing masing.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...